X tercorot hanya 25 peratus kadar pematuhan undang-undang negara, kata Fahmi

Dari Penulis

BULI siber dan pornografi paling banyak dikesan berlaku di aplikasi media sosial X, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan berkata, aplikasi X itu juga menunjukkan rekod kadar pematuhan terhadap undang-undang Malaysia paling rendah berbanding platform media sosial yang lain.

Jelas beliau, aplikasi X hanya mencatatkan kadar pematuhan 25 peratus berbanding Instagram (85 peratus), WhatsApp (79 peratus), TikTok (76 peratus) dan Telegram (73 peratus).

“Aplikasi di bawah syarikat Meta Platforms (META) secara keseluruhannya antara platform paling patuh kepada undang-undang negara.

“Saya juga akan ke Singapura pada Ahad hingga Selasa untuk bertemu hampir semua platform ini dan menyatakan kesediaan untuk memperbaiki keadaan ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, setiap platform dilaporkan mempunyai masalah yang tersendiri.

Jelas beliau, pihaknya akan meminta setiap platform media sosial menyelesaikannya dalam pertemuan itu kelak.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, tiga masalah membelenggu rakyat Malaysia yang wujud daripada media sosial adalah penipuan atau scam, buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak khususnya pedofilia.

Katanya, atas dasar itu, mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Jabatan Peguam Negara untuk mengambil tindakan segera untuk menyelaraskan aspek siasatan dan pendakwaan untuk jenayah dalam talian ini.

“Kita tidak boleh membenarkan ia berlarutan dan beberapa hari lalu, MCMC mengeluarkan surat arahan kepada sejumlah platform untuk memberikan maklumbalas berhubung isu berkenaan.

“Setiap platform ada masalah jenayah dalam talian atau kandungan membahayakan keselamatan rakyat sebagai contoh paling bermasalah dengan Facebook ialah penipuan,” katanya.

Berdasarkan siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM, kerugian daripada pelbagai penipuan termasuk pelaburan tidak wujud di platform Facebook merekodkan kerugian antara RM8 hingga RM132 juta, dari Januari hingga Jun lalu.

Walaupun kadar kepatuhan Facebook adalah tinggi namun secara keseluruhan jumlah penipuan yang berlaku terlalu tinggi, malah aduan yang diterima MCMC mencecah 100,000 sejak awal tahun ini.

“Bagi TikTok pula antara masalah besar adalah buli siber, penggunaan akaun palsu untuk tujuan penipuan, …kalau Telegram dimaklumkan antara masalah adalah penipuan, judi dalam talian, sebaran maklumat peribadi dan sensitif.

“Begitu juga masalah filem dan video cetak rompak yang dimiliki pihak lain di mana Telegram tidak melakukan apa-apa tindakan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

TVET pengangkutan buka 3,208 peluang kerja untuk veteran ATM

SEBANYAK 3,208 peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan disediakan kepada anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi kerjasama strategik...

More Articles Like This