Isu tajaan syarikat alkohol: ADUN Buntong melampaui batas, perlu berhenti tegakkan benang basah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong di Perak, M Thulsi disifatkan telah melampaui batas berhubung kenyataannya yang menyifatkan MIC dan MCA sebagai rendah integriti berhubung isu sumbangan dana oleh syarikat alkohol kepada sekolah vernakular di Sepang, baru-baru ini.

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr S Shatesh Kumar menegaskan ADUN Buntong itu perlu berhenti menegaskkan benang yang basah kerana langkah syarikat alkohol itu jelas melanggar pekeliling dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Shatesh Kumar turut mempersoalkan sama ada tindakan mempertahankan institusi pendidikan daripada budaya pelanggaran etika moral dan akhlak itu adalah salah pada mata Thulsi.

Beliau berkata, Thulsi sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab seharusnya membantah perkara itu tetapi malangnya telah gagal bersuara demi masa depan anak muda.

“Tiada bantahan terhadap mana-mana pihak untuk memberikan sumbangan kepada sekolah tetapi harus diingat, matlamat tidak menghalalkan cara.

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr S Shatesh Kumar

“Sebagai sebuah negara yang mempunyai undang-undang dan peraturan, maka menjadi tanggungjawab untuk semua pihak tanpa berkecuali mematuhinya.

“Salah tetap salah, jangan cuba menghalalkan tindakan ini. Terang lagi bersuluh tindakan syarikat tersebut melanggar kesucian institusi pendidikan.

“Yang menjadi hipokrtik sekarang adalah Thulsi, bukannya MIC atau MCA,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Shatesh Kumar menegaskan, sekiranya Thulsi mahu mempertahankan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, jangan memburukkan parti-parti politik lain.

“MIC tetap mengutuk sekeras-kerasnya tindakan syarikat arak menyumbang dana kepada sekolah serta membantah sebarang cadangan supaya mengubah garis panduan yang telah ditetapkan.

“Jangan merosakkan masa depan anak muda demi menghalalkan tindakan sesuatu pihak yang mengambil kesempatan atas nama tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya.

Sebelum ini Thulsi dalam kenyataan dilaporkan berkata serangan yang tidak berasas terhadap DAP berhubung sumbangan daripada syarikat alkohol kepada sekolah vernakular adalah satu tindakan yang amat memalukan dan tidak bertanggungjawab.

Baca artikel lain: Elak sumbangan syarikat arak : Pas cadang lebih banyak syarikat korporat bantu sekolah

ADUN Buntong itu turut meluahkan rasa kecewa terhadap pergerakan Wanita serta Pemuda MIC yang disifatkannya pendek akal dan memetingkan diri sendiri kerana menggunakan isu tersebut untuk meraih keuntungan politik.

Rabu lalu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, dilaporkan akan memberikan penjelasan kepada Kabinet berhubung isu sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Sepang menerima sumbangan daripada syarikat minuman keras.

Ahad lalu, kontroversi tercetus apabila konsert amal pendidikan bertujuan membuat kutipan membina dewan sekolah itu yang didirikan sejak 30 tahun lalu, didapati turut membabitkan sumbangan dan tajaan sebuah syarikat arak.

Ia bagaimanapun menimbulkan kemarahan beberapa pihak termasuk Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Beliau dilaporkan menyokong Kementerian Pendidikan dan Fadhlina, yang melarang sumbangan membabitkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah dan minuman keras terhadap sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataannya sebelum ini, memaklumkan memandang serius perkara itu dan sedang melakukan siasatan lanjut.

KPM turut mengingatkan pentadbir di institusi pendidikan di bawahnya supaya mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.

Surat pekeliling KPM pada 29 Mac 2018 menyatakan sumbangan kepada sekolah-sekolah tidak boleh melibatkan syarikat arak, rokok, judi dan seumpamanya kerana boleh jejaskan potensi murid dari segi rohani, emosi dan jasmani.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tuntutan penempatan tetap Rohingya sentuh kedaulatan negara – Nurulhidayah

SEBARANG tuntutan yang mewajibkan Malaysia memberikan penempatan tetap kepada pelarian Rohingya disifatkan sebagai tidak wajar. EXCO Wanita UMNO, Nurulhidayah Ahmad...

More Articles Like This