Elak sumbangan syarikat arak : Pas cadang lebih banyak syarikat korporat bantu sekolah

Dari Penulis

 

Oleh DR HALIMAH ALI

PAS walaupun dasar perjuangannya adalah Islam tetapi ia juga berjuang untuk menyuburkan rasa perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum demi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

PAs sedar dan menghargai kehadiran masyarakat berbilang kaum dalam negara, justeru sebarang usaha dan pendekatan politiknya sentiasa turut mengambil kira kepentingan semua kaum dalam negara. Sebagai bukti rakyat bukan Islam di empat buah negeri bawah pemerintahan Pas hari ini tidak ditindas malah hidup aman dan sejahtera, mengamalkan cara hidup masing-masing secara bebas.

Pas sentiasa yakin bahawa rakyat berbilang kaum dalam negara boleh menerima dan menghargai pendekatan Pas yang mendahulukan kepentingan bersama terutama dalam perkara-perkara yang membawa kebaikan serta bersama juga mencegah perkara-perkara yang boleh membawa kepada keruntuhan keluarga, masyarakat dan negara.

  Tindakan pimpinan tertentu Pas menegur kehadiran seorang Ahli Parlimen yang juga Timbalan Menteri dalam satu majlis anjuran sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina baru-baru ini yang melibatkan penajaan dari sebuah syarikat arak bukannya bermaksud mahu mencetus ketegangan kaum sebagaimana dilaporkan secara tidak bertanggungjwab oleh sebuah portal berita.

  Ia lebih sebagai mengingatkan pemimpin berkenaan bahawa mewakili sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, majlis tersebut tidak sesuai buat beliau.  Tambahan sebagai seorang pemimpin kerajaan, kehadiran beliau seakan-akan merestui perlanggaran terhadap surat pekeliling Kementerian Pendidikan yang melarang penerimaan sumbangan dari syarikat sedemikian. 

  Isu penerimaan sumbangan dari syarikat yang menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan larangan pihak kementerian ini perlu dibincang dan diperhalusi semua pihak demi melahirkan sebuah masyarakat yang bersih dan harmoni.

 Pas menyokong sebarang inisiatif dan usaha murni pihak Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina untuk mendapatkan sumber bagi membiayai sekolah-sekolah mereka, demi mewujudkan suasana yang kondusif buat para pelajar di sekolah masing-masing. 

 Untuk itu pihak Kerajaan perlu membimbing dan menggalakkan lagi ratusan syarikat-syarikat korporat di Malaysia yang tidak tersenarai di bawah larangan Garispanduan Kementerian itu untuk memperluaskan aktiviti CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) masing-masing supaya dapat turut menyumbang ke arah mempertingkatkan prasarana  Sekolah-sekolah Kerajaan dan Sekolah bantuan kerajaan bawah Kementerian Pendidikan  yang masih tidak sempurna.

*DR HALIMAH ALI adalah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat dan Ahli Parlimen Kapar.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tuntutan penempatan tetap Rohingya sentuh kedaulatan negara – Nurulhidayah

SEBARANG tuntutan yang mewajibkan Malaysia memberikan penempatan tetap kepada pelarian Rohingya disifatkan sebagai tidak wajar. EXCO Wanita UMNO, Nurulhidayah Ahmad...

More Articles Like This