Ahli Generasi Pertama KLP48 berpengkalan di Kuala Lumpur, ingin setanding legasi kumpulan idola Jepun AKB48

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Pemilihan pencarian KLP48 telah berjaya menarik ribuan bakat baharu yang menyertai proses ujibakat, dan akhirnya 13 gadis remaja terpilih untuk penubuhan ahli generasi pertama KLP48 yang berpangkalan di Malaysia, sekali gus menyambung legasi kepada kumpulan idola Jepun AKB48.

Sepanjang tiga bulan proses pemilihan dan latihan tersebut, 48 Entertainment Sdn Bhd, telah diberi kuasa oleh pemberi lesen kumpulan saudara luar negara AKB48 Superball Inc. untuk menguruskan kumpulan baharu itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Superball Inc. dan Penerbit Am Kumpulan saudara AKB48 di luar negara, Nariaki Terada, menyambut baik kehadiran serta meraikan ahli generasi pertama KLP48 dan menyatakan ia merupakan detik yang mendebarkan  serta tidak sabar untuk menyaksikan perjalanan serta persembahan pertama mereka.

Ahli Generasi Pertama KLP48

Di majlis itu turut memperkenalkan barisan 13 anggota pertama KLP48 iaitu Salwa(Malaysia), Yi Shyan (Malaysia), Lucine (Malaysia), Amanda (Malaysia), Anndrea (Malaysia), Khalies (Malaysia), Tiffany (Malaysia), Yurina (Jepun), Cocoa (Jepun), Suzuha (Jepun), Haruka (Jepun), Hillary (Hong Kong) dan Devi (Indonesia) yang diadakan di Menara The Stride Strate, Bukit Bintang City Centre.

Barisan ini terdiri daripada tiga perpindahan daripada AKB48 dan satu perpindahan daripada kumpulan saudara perempuan STU48 yang berpangkalan di Jepun.

KLP48 ialah kumpulan legasi AKB48 yang kesepuluh di luar negara, bersama JKT48 (Jakarta), BNK48 (Bangkok), MNL48 (Manila), AKB48 Team SH (Shanghai), AKB48 Team TP (Taipei) dan CGM48 (Chiang Mai).

Menurut Pengarah 48 Entertainment Sdn Bhd, Yip Chun Huei, berkata: “AKB48 dan kumpulan saudaranya telah lama mendapat sokongan meluas peminat di Malaysia dan berharap peminat akan terus memberikan sokongan kepada KLP48 selepas ini. Beberapa perancangan menarik telah pun diatur, dan ke semua ahli telah pun bekerja keras dan bersungguh berlatih, nantikan persembahkan mereka,” ujarnya.

Istimewanya KLP48 telah diberikan jalur warna hijau yang bermaksud jed Malaysia yang membawa imej aura lembut, empati dan gabungan nilai yang berbeza. Nantikan persembahan sulung KLP48 yang turuti  di sertai oleh AKB48, STU48, JKT48 dan QUADLIPS pada 18 Ogos ini di konsert AKB48 Group Live in KL 2024 ~ First Cry ~.

Jenama AKB48 yang mencetus fenomena sebelum ini, dinamakan sempena lokasi teater di Akihabara, Tokyo merupakan cetusan idea penerbit muzik Yasushi Akimoto.

Pada tahun 2005, kumpulan idola ini telah muncul sebagai  sensasi global dengan konsep unik ‘idola yang boleh anda temui’, menampilkan persembahan teater harian yang memupuk hubungan yang kuat dengan peminat. Kejayaan AKB48 turut mendapat pengiktirafan Guinness World Records sebagai kumpulan pop dengan anggota teramai di dunia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gali pengalaman sendiri, Shiha Zikir kongsi kisah survival hidup dalam single Mula

PENYANYI, Shiha Zikir mengambil pendekatan berani dengan menolak trend lagu jiwang klise menerusi pelancaran single terbaharunya yang berjudul Mula. Kolaborasi...

More Articles Like This