BARISAN Nasional (BN) dan UMNO perlu bekerja keras bagi menangani persepsi negatif yang dilempar musuh politiknya terhadap parti itu, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN itu berkata jika persepsi berkenaan tidak ditangani, ditangkis dan diperjelaskan ia akan terus melekat di minda rakyat.
“Kita belajar daripada pengalaman dalam PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14), bahawa persepsi sengaja dilempar sebagai satu propaganda, bukan hanya untuk menjatuhkan seseorang itu dari politik malah parti yang dipimpinnya, inilah yang berlaku kepada BN dan UMNO,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk 2024 di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata ahli UMNO perlu menularkan gambaran sebenar mengenai apa yang dilakukan oleh parti itu, kerana penerimaan rakyat terutama netizen terhadap parti itu bergantung kepada berapa banyak persepsi yang sampai kepada mereka.
“Jika negatif (persepsi) yang banyak dilempar, maka negatiflah yang akan menguasai minda dan jiwa netizen terutama mereka yang anti pembangunan,” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

