Jangan jadikan doa qunut nazilah sebagai alat politik – PM Anwar

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pihak pembangkang kerana menggunakan doa Qunut Nazilah sebagai alat politik. 

Anwar berkata doa sepatutnya digunakan pada jalan yang betul untuk kebaikan dan bukan mendoakan keburukan kepada pihak lain. 

“Doa ini bukan politik sebab itu mufti beri pandangan. Ini kata kita tak setuju doa…siapa kata kita tidak setuju doa? Hari-hari kita doa, lepas solat kita doa, tapi bukan doa melaknat orang lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Kenduri MADANI di Taman Koperasi Perpaduan 2, Tambun di sini hari ini.

Pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, dilaporkan ahli Parlimen pembangkang membaca Qunut Nazilah selepas Dewan Rakyat menggantung Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad selama enam bulan.

Doa itu diketuai Ahli Parlimen Jasin daripada PAS Zulkifli Ismail yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This