Kerajaan setuju strategi pengawalan tingkat kualiti air sungai

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN bersetuju dengan strategi-strategi pengawalan kualiti air sungai merangkumi aspek perundangan, tadbir urus dan aplikasi teknologi melalui tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Perkara itu dipersetujui menerusi mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JKKAS) Bilangan 2 Tahun 2024 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan memaklumkan, jawatankuasa khas itu berperanan penting dalam memastikan langkah-langkah dan tindakan-tindakan pengurusan pelaksanaan strategi bagi meningkatkan kualiti air sungai diambil secara bersepadu.

“Jawatankuasa ini juga bertindak sebagai platform perkongsian maklumat dan amalan terbaik dengan usaha-usaha yang boleh meningkatkan kualiti air sungai.

“Kerajaan sentiasa komited untuk meningkatkan kualiti air sungai dengan kerjasama kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut berkongsi mengenai inisiatif mengawal kualiti air sungai.

Kerajaan Negeri Selangor pula telah berkongsi mengenai amalan terbaik pengurusan sumber air bersepadu dalam mesyuarat tersebut.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad selaku Timbalan Pengerusi JKKAS.

Baca artikel lain: Caj SST baru bermula hari ini, 8 juta pengguna perkhidmatan air dikecualikan – Petra

Mesyuarat JKKAS itu turut dihadiri menteri-menteri besar; Exco-exco berkaitan air; ketua-ketua setiausaha dan ketua-ketua jabatan atau agensi yang berkaitan serta badan-badan kawal selia air negeri.

Dalam pada itu, PETRA memaklumkan, JKKAS juga bersetuju supaya PETRA melalui Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) menerajui Jawatankuasa Kerja Bahan Cemar Baharu.

Menurut PETRA, jawatankuasa itu akan membangunkan polisi serta mengukuhkan tadbir urus berkaitan bahan cemar baharu dalam sumber air di Malaysia dan melibatkan agensi di peringkat Persekutuan serta badan-badan kawal selia air negeri.

Katanya, NAHRIM juga akan menjadi peneraju, pelaksana dan hab penyelidikan bahan cemar baharu dengan kerjasama semua pemegang taruh.

“Selain itu, Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) turut merancang menaiktaraf loji rawatan kumbahan (LRK) awam yang tidak menepati rekabentuk seperti dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 dan LRK awam yang terletak di kawasan sensitif alam sekitar.

“Tindakan ini berupaya mengurangkan beban pencemaran sungai akibat daripada pelepasan efluen. Kerja-kerja naik taraf ini telah dan sedang dilaksanakan secara berfasa berjumlah 2,932 LRK sedia ada,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This