PCOM ratapi pemergian Haniyeh, kira-kira 200 hadir ucap takziah

Dari Penulis

SUASANA suram menyelubungi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) malam tadi apabila orang ramai berkumpul bagi meratapi kehilangan pemimpin dan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dalam satu upacara kecil.

Kira-Kira 200 individu termasuk ahli PCOM hadir untuk merakamkan ucapan takziah termasuk Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal serta Duta Iran ke Malaysia Valiollah Mohammadi Nasrabadi.

Pengerusi PCOM, Bader Syam menzahirkan penghargaan kepada mereka yang menghadiri majlis itu.

“Kehadiran anda di sini amat bermakna terhadap legasi yang ditinggalkan oleh Haniyeh dan perjuangan berterusan menentang kezaliman rejim zionis Israel,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Baca artikel lain: OIC kecam pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh

Terdahulu, Hamas mengumumkan bahawa Haniyeh telah terkorban dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di Tehran, ibu negara Iran, menurut laporan Agensi Anadolu.

Haniyeh berada di Tehran untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden Iran yang baharu iaitu Masoud Pezeshkian semalam.

Stesen penyiar rasmi Iran, yang turut melaporkan kematian Haniyeh, memaklumkan siasatan berhubung insiden itu sedang dilakukan dan hasilnya akan diumum kemudian.

Bagaimanapun, Israel belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This