Tun M marah dan sedih dengan pemergian Ismail Haniyeh

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa marah dan sedih di atas pemergian Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh yang terbunuh di Teheran, Iran, semalam.

Pada masa sama, beliau berasa bertuah kerana pernah berjumpa dengan pemimpin lemah lembut dalam percakapan namun memiliki hati seperti singa itu yang tidak pernah berputus asa berjuang untuk Palestin.

“Saya sangat sedih dan marah. Saya bersedih kerana Haniyeh seorang yang budiman dan memperjuangkan pembebasan Palestin sepanjang hayat beliau kini sudah tiada.

“Pada masa sama saya marah kerana dunia Barat mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan berpihak kepada Israel,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Haniyeh dilaporkan terbunuh dalam satu serangan di Tehran, Iran.

Memetik kenyataan kumpulan pejuang Palestin itu, Haniyeh dikatakan terbunuh dalam ‘serangan khianat Zionis ke atas kediamannya di Tehran’.

Susulan itu, Hamas mengumumkan berkabung atas kematian Haniyeh.

Kata Dr Mahathir, media Barat dan segelintir daripada pemimpin mereka bersikap berat sebelah apabila menggelar Hamas serta Haniyeh sebagai pengganas namun menidakkan apa yang dilakukan oleh Israel.

“Bagaimanapun saya optimis. Mereka mungkin membunuh Haniyeh namun segala kepayahan yang pernah dilalui tidak akan mati. Mereka mungkin membunuh Haniyeh tetapi bukan idea dan jasanya.

“Kepada keluarga Haniyeh, saya mengucapkan salam takziah atas kehilangan seorang individu yang hebat. Kepada Hamas dan Palestin anda sudah kehilangan pemimpin yang hebat.

“Semoga Allah menempatkan beliau di syurga dan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This