Anwar bertemu Putin beberapa minggu lagi, bincang kerjasama ekonomi

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Vladivostok, Rusia dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Anwar berkata, pertemuan itu bertujuan membincangkan kerjasama ekonomi bersama negara berkenaan di samping mengekalkan hubungan baik di antara kedua-dua negara.

“Beberapa minggu lagi saya akan ke Vladivostok untuk menerima undangan Presiden Putin bagi membincangkan kerjasama ekonomi, meletakkan kita sebagai negara yang mempertahankan pendirian kita yang bebas dan tidak mengambil sikap untuk bermusuh dengan sesiapa,” katanya.

Baca artikel lain: Kalah bermaruah, Pearly Tan dan M Thinaah gagal ke peringkat akhir

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis pelancaran Ibu Pejabat GXBank Bhd dan pelancaran Pusat Kecemerlangan GXBank pada Jumaat.

Pada 28 Julai lepas, Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya yang antara lain membincangkan hasrat Malaysia untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) kepada Rusia selaku Pengerusi BRICS.

Dalam pertemuan hampir sejam itu, Anwar dan Lavrov turut membincangkan usaha memperkukuh hubungan Malaysia-Rusia serta memperluas kerjasama dalam pelbagai sektor meliputi perdagangan, pelaburan, keselamatan, pertahanan, pendidikan tinggi, sains dan teknologi, pelancongan dan kebudayaan.

— Bernama

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This