PRK Nenggiri: Tiada pusat pengundian awal dibuka 13 Ogos

Dari Penulis

TIADA pusat pengundian awal akan dibuka pada hari pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, 13 Ogos ini.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Nenggiri, Nik Raisnan Daud, berkata ia berikutan kesemua 14 anggota polis yang sepatutnya mengundi awal pada PRK itu akan mengundi secara pos.

“Tiada pengundian awal akan dibuka di Balai Polis Bertam pada 13 Ogos ini kerana kesemua anggota terbabit telah memohon untuk mengundi secara pos.

“Hal ini disebabkan semua anggota polis berkenaan akan bertugas sepanjang proses PRK DUN Nenggiri berlangsung,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Baca artikel lain: Nurul Azreena akhiri cabaran skuad memanah

Sehubungan itu, Nik Raisnan berkata, kertas undi pos perlu diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum jam 4 petang pada hari pengundian PRK DUN Nenggiri, 17 Ogos ini.

PRK itu diadakan berikutan kekosongan kerusi diumumkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, 19 Jun lalu, selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim, digugurkan keahlian oleh BERSATU pada 13 Jun.

Esok adalah hari penamaan calon bagi PKR berkenaan.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, mengumumkan Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, 38, dipilih sebagai calon taruhan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada PRK itu, manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud pula mengumumkan Mohd Rizwadi Ismail yang juga dikenali sebagai Ustaz Wadi, 41, menjadi calon daripada BERSATU mewakili Perikatan Nasional (PN).

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 18 Jun lalu, seramai 20,259 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK kali ini, membabitkan 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This