PRN Sabah: SPR optimis capai 90 peratus undi awal

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) merekodkan kehadiran 61.72 peratus pengundi awal melibatkan anggota tentera, polis dan pasangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 setakat pukul 11 pagi tadi.

Pengerusinya Datuk Seri Ramlan Harun berkata, ia sangat memberangsangkan dan menunjukkan komitmen tinggi pengundi awal terhadap proses demokrasi pada kali ini.

Jelasnya, seramai 24,426 anggota keselamatan dan pasangan masing-masing dalam senarai daftar untuk mengundi di 58 pusat pengundian awal bagi 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

“Alhamdulillah, peratusan ini sangat tinggi, kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang turun awal mengundi.

Baca artikel lain: Perkhidmatan MySawasdee dibatalkan, akses ke Stesen Arau terjejas akibat banjir

“Kita berharap angka ini terus meningkat sehingga pusat mengundi awal ditutup pada 5 petang,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, hari ini.

Ramlan berkata, berdasarkan trend semasa, pihaknya optimis pengundian awal mampu mencapai sehingga 90 peratus apabila proses ditutup petang ini.

Pada masa sama, beliau turut meminta semua pengundi biasa agar turun beramai-ramai pada 29 November ini dengan keyakinan sekurang-kurangnya 70 peratus boleh keluar mengundi jika cuaca mengizinkan.

“Kita tidak buat jangkaan muktamad, tetapi sasaran 70 peratus adalah tinggi. Kami menggalakkan pengundi keluar awal kerana cuaca ketika ini agak tidak menentu,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This