Bruschetta Marinara Snek Sihat, Sesuai Dimakan Pada Bila-Bila Masa

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Bruschetta dihidangkan menggunakan roti Perancis yang dipotong dalam bentuk kepingan. Ia merupakan menu ‘starter’ yang sangat sedap dan ringkas sesuai bagi mereka yang berdiet. Bruschetta berasal dari Itali dan dahulunya ia makanan utama bagi petani dan pekerja buruh.

Bruschetta Marinara

BAHAN
1 batang roti Perancis
BAHAN SOS
1/2 tin tomato
1/2 sudu besar minyak zaitun
1 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil gula
1/2 cawan stok ayam
Garam dan lada
Lada hitam secukupnya
BAHAN TOPPING
160 gm keju mozzarella – hiris
1 lada benggala hijau – potong nipis
8 biji buah zaitun – hiris
3 batang sosej – hiris
CARA PENYEDIAAN

1.UNTUK SOS : Masak ke semua bahan sos sehingga pekat. Padamkan api dan sejukkan.

2.Setelah sejuk, sapukan sos di atas roti dan hiaskan dengan bahan topping.

3.Susun roti di dalam dulang pembakar. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180ºC selama 15 hingga 20 minit atau sehingga masak sepenuhnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This