Marrybrown Bekerjasama Dengan RHB Islamic Bank Berhad Menawarkan Faedah Eksklusif Kepada Pemegang Kad Debit-i RHB MySiswa

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Kuala Lumpur – Satu perjanjian kerjasama telah dimeterai di antara Marrybrown dengan RHB Islamic Bank Berhad dengan menawarkan faedah eksklusif kepada pemegang Kad Debit-i RHB MySiswa. Kerjasama ini bertujuan untuk memudahkan pelajar pengajian tinggi Malaysia dengan menyediakan akses yang lebih baik kepada penyelesaian kewangan dan pilihan tempat makan mampu milik daripada Marrybrown.

Kad Debit-i RHB MySiswa merupakan inisiatif inovatif yang mengintegrasikan kad matrikulasi pelajar dengan fungsi kad debit. Ia menawarkan pelbagai faedah termasuk akses kepada perkhidmatan sokongan universiti, pengurusan kewangan yang cekap dan penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang mudah.

Pemegang kad turut menikmati diskaun dan promosi eksklusif daripada lebih 100 peniaga. Marrybrown merupakan rangkaian makanan segera pertama yang bekerjasama di bawah program MySiswa.

Lebih 365,000 Kad Debit-i RHB MySiswa yang telah diaktifkan setakat Jun 2024, inisiatif ini akan memberi manfaat kepada pelajar di 20 universiti awam di seluruh Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, Daniel Chan berkata menerusi kerjasama dengan RHB Islamic Bank pelajar dapat menikmati hidangan enak Marrybrown, termasuk ayam rangup MB yang paling popular, dan juga pelajar yang belum sempat lagi menikmati, berpeluang merasai menu istimewa MB.

“Di Marrybrown, kami utamakan generasi baru dan menghargai masyarakat yang telah menyokong kami selama ini. Kerjasama sama ini, menawarkan kepada pelajar dengan pilihan hidangan yang lazat pada harga yang berpatutan. Kami berbesar hati untuk memainkan peranan dalam inisiatif ini dan kami bertekad untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelajar,” kata Daniel Chan.

Menurut Pengarah Urusan RHB Islamic Bank, Datuk Adissadikin Ali,menegaskan kerjasama ini untuk mewujudkan impak sosial yang positif terhadap rakyat Malaysia, “RHB Islamic Bank berdedikasi untuk memajukan rangkuman kewangan dan menyokong perjalanan pendidikan pelajar. Kad Debit-i RHB MySiswa mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi dan kemajuan komuniti. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Marrybrown, dengan menawarkan faedah eksklusif yang meningkatkan pengalaman universiti dan kesejahteraan keseluruhan pemegang kad MySiswa kami”

Untuk maklumat lanjut tentang Kad Debit-i RHB MySiswa, sila layari https://www.rhbgroup.com/personal/deposits/joy-at-uni/index.html.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This