SEMUA pihak perlu berhenti seketika membangkitkan isu berhubung pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia.
Sebaliknya, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meminta semua pihak bersatu meraikan kejayaan pemain nombor enam dunia itu memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024, semalam.
“Perbincangan tentang bersama persatuan berbanding menjadi pemain bebas boleh tunggu untuk hari lain. Buat masa ini, mari kita raikan kemenangan ini.
“Ya, memang ada sejarah dengan BAM (Persatuan Badminton Malaysia), ya, dia sekejap dalam RTG (Road to Gold) dan kemudian dia memutuskan sebaliknya dan kini dia sepenuhnya bebas, tetapi bolehkah kita sebagai sebuah negara berhenti sejenak dan meraikan hakikat bahawa anak muda ini sudah menempuh perjalanan yang panjang, bangkit semula dan kini berjaya ke podium Olimpik?” kata Hannah dalam hantaran di Facebook.
Baca artikel lain: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik diberi ganjaran Chery Tiggo 7 Pro
Pada masa sama, Hannah turut mengucapkan tahniah kepada jurulatih Zii Jia, Wong Tat Meng atas tanggungjawab penting membimbing pemain berusia 26 tahun itu hingga berjaya melakar kejayaan.
Beliau juga akan mengumumkan ganjaran dan sokongan kewangan yang akan diberikan kepada Zii Jia pada masa depan.
“Meraikan kejayaan beliau dan syabas kepada jurulatih Wong Tat Meng kerana membantu Zii Jia sampai ke tahap ini,” katanya.
Semalam, Zii Jia menyumbang pingat gangsa kedua Malaysia selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Lakshya Sen dari India 13-21, 21-16, 21-11 dalam pertarungan mendebarkan berlangsung selama 71 minit di Porte de La Chapelle Arena.
Sehari sebelum itu, gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan pingat pertama Malaysia di Paris 2024 selepas melakukan kebangkitan luar biasa untuk mengatasi pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 22-20, 21-19 untuk penentuan pingat gangsa.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

