Keputusan luluskan cuti bersalin 60 hari tak langgar peraturan – KPPA

Dari Penulis

KEPUTUSAN Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat memberi kelulusan cuti bersalin 60 hari kepada pegawai perubatannya, adalah tidak melanggar peraturan yang ditetapkan berhubung perkara itu, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Beliau berkata, ketua jabatan boleh mempertimbangkan permohonan cuti bersalin antara 60 hingga 90 hari kepada pegawai, dengan mengambil kira kepentingan perkhidmatan.

“Dalam hal ini, kelulusan cuti bersalin sebanyak 60 hari yang diberikan kepada pegawai perubatan di PKD Hulu Langat adalah bawah pertimbangan ketua jabatan berkenaan, dengan mengambil kira kepentingan perkhidmatan agar perkhidmatan kesihatan kepada orang awam tidak terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama sebagai maklum balas terhadap isu dilaporkan sebuah portal berita tempatan bahawa PKD Hulu Langat menetapkan cuti bersalin selama 60 hari bagi pegawai perubatan yang bertugas di klinik kesihatan daerah itu sejak 27 Jun lalu.

Wan Ahmad Dahlan berkata, kemudahan cuti bersalin diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR.5.4.1, dan diberikan kepada pegawai wanita untuk bersedia serta pulih daripada bersalin.

“Cuti bersalin adalah bergaji penuh dengan kadar kelayakan sebanyak 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. Tempoh maksimum cuti bersalin bagi setiap kelahiran ialah 90 hari dan tempoh mandatori minimum cuti bersalin ialah 60 hari bagi setiap kelahiran.

“Bagaimanapun, pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin antara 60 hingga 90 hari bagi setiap kelahiran,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat penggantian cuti untuk pegawai terbabit pula, beliau menjelaskan, tidak ada penggantian untuk 30 hari cuti bersalin yang tidak diambil oleh pegawai.

“Bagaimanapun, pegawai mempunyai kelebihan dari segi baki cuti bersalin yang masih banyak dan boleh digunakan untuk kelahiran anak yang seterusnya,” katanya.

Sabtu lalu, media melaporkan Pengarah Kesihatan Selangor, Dr Ummi Kalthom Shamsudin, berkata keputusan meluluskan penetapan cuti bersalin selama 60 hari saja berikutan kekurangan pegawai perubatan di PKD Hulu Langat, telah dipersetujui oleh semua ketua klinik di daerah itu.

Dr Ummi Kalthom dipetik berkata, keputusan itu dicapai dengan mengambil kira terdapat tujuh pegawai perubatan cuti bersalin serentak di beberapa klinik kesihatan sepanjang Jun dan Julai lalu, selain beberapa pegawai perubatan yang diarahkan melapor diri ke PKD Hulu Langat telah menolak penempatan diberikan.

Beliau berkata, sekiranya langkah mengehadkan tempoh cuti bersalin seperti yang dilaporkan itu tidak diambil, ia akan menambah beban kerja dan tekanan tambahan kepada petugas kesihatan yang berkhidmat demi memenuhi keperluan kesihatan orang ramai.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This