POLIS telah membuka dua kertas siasatan terhadap seorang jurumekap profesional selepas dipercayai mengaibkan imej pegawai polis yang sedang menjalankan tugas sekatan jalan raya di Damansara Damai pada 10.45 pagi hari Selasa.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai gambar tular itu pada 7.30 pagi semalam.
Beliau berkata, semakan mendapati pengguna akaun X dengan nama Syedewa telah memuat naik gambar seorang pegawai polis dengan tujuan mengaibkan imej anggota tersebut.
“Siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.
Shahrulnizam berkata, orang ramai dinasihatkan sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak terlibat dalam penyebaran berita yang tidak pasti.
Sebelum itu, Syedewa telah memuat naik ciapan berkongsi pengalamannya didatangi oleh dua anggota polis trafik ketika memandu.
Katanya, dia telah diminta berhenti oleh salah seorang pegawai sebelum dimaklumkan akan disaman atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.
“Dia ckp kawan dia nmpak aku tak pakai, on the way baru pasang. Aku ckp kalau betul tak pakai tunjuk lah bukti.
Dia ckp kalau nak fight pegi mahkamah.
“Pastu member dia dtg, ckp nak keluarkan saman. Aku ckp keta aku ni kalau tak pakai bising, dia reply “hmm tu lah tu”
“Pastu dia lepas. Masalahnya.. boleh eh saman2 gitu main tgk2 teka2 siap nak suh pegi mahkamah fight. Apebenda ni pdrm?,” tulisnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

