PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas Kerajaan Pas Kelantan yang mempolemikkan isu aset kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau yakin Kerajaan Pas Kelantan turut menggunakan aset kerajaan dalam kempen mereka.
Tegas Ahmad Zahid, beliau juga sedia menyiasat dakwaan pemimpin Pas bahawa BN telah menggunakan aset kerajaan ketika kempen PRK di situ.
“Saya akan lakukan siasatan perkara itu dan kalau mereka ada bukti mereka boleh kemuka ikut saluran perundangan bawah akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Jangan menuduh kita sahaja guna jentera kerajaan tapi bagaimana kerajaan Kelantan? Saya pasti ada,” katanya memetik laporan Malaysiakini.
Terdahulu, bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa bangunan, premis kerajaan dan aset serta penjawat awam digunakan membantu kempen parti kerajaan.
Annuar menerusi hantaran di Facebook turut menyiarkan gambar yang menunjukkan bangunan yang dihiasi dengan bendera dan sepanduk BN.
Perkara berkenaan didakwa berlaku di Dewan Teratai, kawasan penempatan Orang Asli di Pos Tohoi, Gua Musang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

