Tuah ‘walkover’ bantu Deirdre Gianna juarai Kejohanan Badminton Remaja Allianz 2024

Dari Penulis

DEIDRE Gianna Michael merangkul gelaran pertama acara perseorangan wanita Bawah 15 tahun (B-15) Kejohanan Badminton Remaja Allianz (AJBC) 2024 B-15 dengan cara yang menarik, iaitu mendapat ‘walkover’ dua kali iaitu di peringkat suku dan separuh akhir.

DEIDRE Gianna Michael

Pemain berusia 14 tahun itu mendapat ‘walkover’ di suku akhir acara perseorangan itu selepas pasangannya dalam kategori beregu wanita , Jessie Aegidius, tidak dapat hadir atas sebab peribadi.

Pada hari berikutnya, Deirdre Gianna sekali lagi mendapat ‘walkover’ dalam perlawanan separuh akhir apabila lawannya, Clarylyn Ashebelle juga tidak hadir untuk perlawanan mereka dan seterusnya melayakkannya ke peringkat akhir.

Seterusnya ‘tuah’ Deidre Gianna berterusan apabila dia berjaya muncul sebagai juara kategori perseorangan wanita B-15 kejohanan selepas menewaskan Siti Nur Hanisah di perlawanan penentuan.

“Ia adalah kejohanan yang agak sukar bagi saya. Saya benar-benar kecewa apabila saya tidak dapat bermain di suku akhir beregu (kerana pasangan tidak hadir), kerana saya tahu sekurang-kurangnya kami boleh mara ke final tetapi dia mempunyai masalah peribadi yang perlu diselesaikan,” kata pelajar tingkatan dua SMK Tamparuli. itu

“Bagaimanapun, kelebihan mendapat laluan ke separuh akhir perseorangan bermakna saya berada pada kekuatan maksimum saya untuk bertarung di final. Jadi, ia agak seimbang bagi saya,” tambahnya.sambil berkata Jack Yak dari Sekolah Menengan Yu Yuan Secondary School dan Low Kai Ling dan Sekolah Menengah Tinggi Kuen Cheng menjadi pemenang dalam kategori masing-masing untuk Pusingan Kelayakan AJBC 6 yang diadakan di Kota Kinabalu.

Bersama rakan sekolah Kerwin Soh, Jack menggondol kedua-dua perseorangan dan beregu B-15 Lelaki manakala Kai Ling mencapai keputusan yang sama dalam kategori B-13 Perempuan.

Tahun lepas, lebih 2,500 pemain menyertai AJBC dan penyertaan dijangka meningkat kepada 3,000 tahun ini dalam 10 Pusingan Kelayakan.

Baki perlawanan Pusingan Kelayakan akan diadakan di pelbagai venue di seluruh negara seperti Kluang, Pengkalan Chepa, Bukit Beruang dan Kuantan.

Pusingan Akhir AJBC, yang menampilkan finalis Bawah 13 dan Bawah 15 Tahun dari semua Pusingan Kelayakan, akan berlangsung di Stadium Juara di Bukit Kiara dari 20–25 November. Setiap pusingan akan menyaksikan 24 pemain layak ke pusingan akhir. Pemain Bawah 11 Tahun tidak akan mara ke Pusingan Akhir AJBC.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pemain yang menyertai Pusingan Kelayakan AJBC tidak perlu membayar sebarang bayaran masuk. Tiga pemenang teratas Pusingan Kelayakan, untuk semua kategori umur, akan memperoleh RM500, RM300 dan RM150 (perseorangan) dan RM600, RM400 dan RM200 (beregu).

Pemain yang menamatkan saingan di tempat tiga terbaik di Grand Final akan berpoket RM1,000, RM600 dan RM300 (perseorangan) dan RM1,200, RM800 dan RM400 (beregu).

KEPUTUSAN

Bawah 15 tahun
Perseorangan Lelaki: Jack Yak, Sekolah Menengah Yu Yuan
Beregu Lelaki: Jack Yak dan Kerwin Soh, Sekolah Menengah Yu Yuan

Perseorangan Perempuan: Deirdre Gianna Michael, SMK Tamparuli
Beregu Perempuan: Airish Batrisyah dan Alya Nur Syarafana, SM St Patrick, Tawau

Bawah 13 tahun
Perseorangan Lelaki : Muhammad Firdaus, SMK Pantai
Beregu Lelaki: Muhammad Rafiq, SMK Merotai Besar Tawau, Sabah dan Syahmi Rizq, SMK Abaka Tawau

Perseorangan Perempuan : Law Kai Ling, Sekolah Menengah Kuen Cheng
Beregu Perempuan : Karys Gan, SJKC Chiao Nan dan Law Kai Ling, Sekolah Menengah Kuen Cheng

Bawah 11 tahun
Perseorangan Lelaki : Louis Rhys Zeno, SK St John Beaufort
Perseorangan Perempuan: Ivana Celine Chang, SKC Anglo Chinese, KK


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This