Nurul Izzah pecah rekod kebangsaan milik peribadinya di Paris 2024

Dari Penulis

PELUMBA berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mencipta sensasi dalam acara pecut di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan memecahkan rekod kebangsaan miliknya, sebentar tadi.

Nurul Izzah yang membuat penampilan sulung di pentas Olimpik mencatat 10.709 saat (s) pada perlumbaan kelayakan di Velodrom de Saint-Quentin-en-Yvelines sekali gus memadam rekod kebangsaan 10.903s yang dilakukannya di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Nilai, tahun lalu.

Dengan catatan itu, Nurul Izzah yang diberi julukan The Pocket Rocketwoman melangkah ke pusingan 1/32 bertemu Sophie Capewell dari Great Britain namun tewas dan selepas ini dijadual menyertai saingan Repechage.

Sementara itu pelumba Jerman, Lea Friedrich berjaya mencatatkan rekod dunia, hanya beberapa minit selepas wakil New Zealand,

Ellesse Andrews melakukan perkara sama.

Pelumba berusia 24 tahun itu mencatat masa 10.029s untuk mengungguli pusingan kelayakan.

Dia tampil ke dalam velodrom dengan penuh bersemangat untuk menafikan rekod pemenang pingat emas keirin, Ellesse yang sebelum itu mencatat masa 10.108s bagi memadam rekod lama 10.154 yang dicatatkan penyandang juara Olimpik, Kelsey Mitchell pada 2019.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This