Jangan ada ketelanjuran urus badan berasaskan dana awam – PM

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan badan berasaskan dana awam tidak dijadikan seperti ‘badan swasta’ dalam pelaksanaan program dan operasinya.

Beliau berkata, ia bagi memastikan tiada sebarang ‘ketelanjuran’ yang cenderung kepada kepentingan perniagaan, ahli lembaga dan pengurusannya.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut menyokong gesaan laporan Ketua Audit Negara supaya melakukan pemantauan lebih teliti dan cermat serta menjadikannya sebagai satu budaya baharu dalam ekosistem pekerjaan dalam meningkatkan tatakelola.

“Kita harus terima bahawa badan-badan seperti MRANTI (Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ini diasaskan oleh dana awam.

Baca artikel lain: Kerajaan terus nilai kesan faktor luaran terhadap ekonomi – PM

“Oleh itu dalam memastikan pelaksanaan program, kita nak pastikan bahawa jangan ada ketelanjuran dalam memberikan fokus dan jangan jadikan badan-badan ini sama seperti badan swasta yang kadang-kadang melihat bukan sahaja dari segi perniagaan, tapi kepentingan ahli lembaganya dan pengurusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dan timbalannya Datuk Mohamad Yusof Apdal.

Anwar berkata pengurusan tidak harus terikat dengan prosedur dan kerangka tetap, sebaliknya harus bersedia membuka lembaran baharu menceburi ke dalam bidang kepakaran.

“Hebat kita bukan sahaja ketimbang tahun lepas atau 10 tahun dahulu. Hebat kita ketimbang yang dicapai dengan negara lain, sama ada negara jiran atau negara lain,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This