Jenazah penyanyi Nidza Afham selamat dikebumikan

Dari Penulis

JENAZAH Allahyarham Nidza Afham Mokhtar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam dekat Felda Bukit Cherakah, kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

Jenazah Nidza Afham, 23, sebelum itu disolatkan di Masjid Puncak Alam.

Van membawa jenazah diiringi keluarga dan rakan Allahyarham tiba di tanah perkuburan pada pukul 6.15 petang.

Hampir 300 orang termasuk ahli keluarga, penduduk, dan rakan menghadiri majlis pengebumian jenazah.

Turut berada menyempurnakan pengebumian ialah ibu bapa Nidza Afham serta ahli keluarganya.

Terdahulu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan kes kematian penyanyi Muhammad Nidza Afham diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Punca kematian masih dalam siasatan makmal dan tiada kecederaan fizikal ditemui pada mayat.

Semalam Hussein mengesahkan penemuan mayat penyanyi, Nidza Afham di Sungai Klang pada pukul 7.30 malam.

Nidza sebelum itu dilaporkan hilang selepas keluar berjoging di Stadium Sultan Sulaiman, Klang.

Siasatan mendapati Nidza telah keluar dari rumah di Jalan Kerongsang 4, Bandar Puteri dekat Klang ke stadium pada pada pukul 7.45 malam dengan menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Menerusi aplikasi ‘Find my iPhone’, teman wanita Nidza mendapati, lokasi terkahir keberadaanya adalah di Jambatan Kota berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang.

Adik Nidza juga telah ke lokasi terakhir yang dikenal pasti dan telah menemui sebuah telefon bimbit serta dompet berisi dokumen.

Nidza kali terkahir dilihat berbaju warna biru dan hitam bernombor 56.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This