Risiko tinggi buka hospital medan, lebih selamat bawa rakyat Palestin ke Malaysia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LANGKAH Malaysia membawa warga Palestin tercedera untuk menerima rawatan di negara ini disifatkan sebagai pilihan yang lebih selamat berbanding membuka hospital medan di negara itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, pembukaan hospital medan di Palestin dilihat mempunyai risiko tinggi kerana terdedah kepada serangan daripada rejim zionis Israel.

Kata beliau, risiko terhadap Malaysia tinggi kerana pendirian yang tegas dan kuat dalam soal kemanusiaan membabitkan Palestin.

Justeru, Mohamed Khaled berkata, langkah menerbangkan warga Palestin ke Malaysia penting bagi memberikan rawatan terbaik tanpa gangguan dan memastikan keselamatan pesakit.

“Kita tidak menyediakan hospital medan di sana (Palestin) kerana ia berisiko tinggi lebih-lebih lagi pihak Pasukan Pertahanan Israel (IDF) tidak kira sama ada markas tentera atau hospital, mereka tetap bom.

“Oleh kerana itu, kita melihat perkara itu sebagai pilihan yang tidak baik (hospital medan) lebih-lebih lagi dengan pendirian Malaysia yang sangat kuat dan tegas dalam soal ini. Jadi, risiko ke atas kita memang ada.

“Kalau kita buka hospital medan di sana (Palestin), mungkin keadaan kita tidak begitu selamat. Berbeza dengan bencana alam seperti gempa bumi di Turkiye, kita buka hospital medan kerana tiada ancaman keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyambut ketibaan warga Palestin yang tercedera di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled memaklumkan, kerajaan berunding dengan pihak Mesir selama kira-kira dua bulan sebelum melaksanakan misi tersebut.

“Cabarannya sudah tentu untuk tidak bagi orang ramai tahu terlebih dahulu sebab ia boleh menjejaskan prosedur selain rundingan yang dilakukan bersama-sama Mesir secara dua hala tanpa banyak pihak mengetahui berhubung misi ini.

“Kita ambil masa dua bulan untuk berunding kerana kita perlu betul-betul memastikan pesakit itu ialah warga Palestin. Kita tak mahu tersalah orang,” katanya.

Anggota tentera membawa salah seorang rakyat Palestin yang cedera untuk diberi rawatan selepas selamat tiba di Pangkalan TUDM Subang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: 41 warga Palestin cedera selamat tiba di Malaysia

Terdahulu, seramai 41 warga Palestin yang tercedera susulan kekejaman rejim zionis Israel selamat tiba bersama waris masing-masing di Pangkalan TUDM, Subang.

Kesemua mereka ditemani 86 waris masing-masing diterbangkan menerusi dua pesawat khas Airbus A-400M milik TUDM dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir, malam tadi.

Dua pesawat pengangkut itu selamat mendarat kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Ketibaan mereka turut disambut Mohamed Khaled bersama Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.

Semua warga Palestin termasuk kanak-kanak itu menjalani rawatan awal di hospital medan di Pangkalan TUDM itu sebelum dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.

Selain itu, sebanyak 26 ambulan telah disediakan untuk membawa pesakit dari lapangan terbang ke hospital serta sebuah bas dan lapan buah van untuk membawa waris ke hospital tersebut.

Kesemua pesakit yang dibawa ke Malaysia telah melalui proses tapisan yang dilaksanakan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan setiap daripada mereka boleh melalui penerbangan yang panjang.

Sebelum ini, ATM telah mengaturgerakkan dua buah pesawat A-400M bagi membawa pulang rakyat Palestin yang cedera untuk menerima rawatan di Malaysia dari Kaherah, Mesir.

Misi tersebut telah melibatkan seramai 75 pegawai dan anggota ATM serta agensi awam merangkumi krew penerbangan, anggota TUDM dan pasukan aeromedical dari BPK, ATM.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur

SEORANG pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur utama di kediamannya di Jalan Kampung Nangka, Kuching, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This