‘Jaga adik-adik, keluarga’, pesanan akhir Rozaid kepada anak sulung

Dari Penulis

“JAGA adik-adik, pastikan keluarga sentiasa berada dalam keadaan baik,” itu pesanan terakhir Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO), Allahyarham Rozaid Abdul Rahman kepada anak sulungnya, Roz Ariffin, 33.

Roz Ariffin berkata pemergian ayahnya mengejutkan memandangkan Allahyarham berada dalam keadaan baik dan mengambil ubat seperti diarahkan pakar perubatan.

“Hari ini sepatutnya arwah ada pemeriksaan kesihatan di hospital,” katanya kepada pemberita selepas jenazah Rozaid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya hari ini.

Rozaid menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, petang semalam akibat masalah jantung pada usia 59 tahun.

Allahyarham sebelum itu menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, sejak 1 Julai lepas dan dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Ogos.

Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh cahaya mata berusia dari 17 hingga 33 tahun.

Sementara itu, para petugas di Bahagian Media dan Komunikasi Strategik PMO menyifatkan pemergian Rozaid seperti kehilangan seorang bapa yang sebelum ini sentiasa ada untuk membimbing mereka.

Baca artikel lain: PM sifatkan pemergian Rozaid seperti kehilangan keluarga dan sahabat

Berkongsi mengenai keperibadian Allahyarham, Pegawai Penerangan Muhammad Izzuddin Jamalie berkata Rozaid sosok yang sangat dihormati sehinggakan petugas di PMO memanggil beliau dengan gelaran ‘bapa’.

“Allahyarham seorang ketua yang tegas tetapi sentiasa menggunakan nada lembut, sebab itu kami panggil dia bapa,” katanya.

Muhammad Izzuddin berkata, apa yang pasti PMO kehilangan seorang pemimpin yang menjadi sumber inspirasi dan panduan kepada mereka dalam melaksanakan tugas kepada negara.

Rakan setugasnya, Amirul Aliif Nasaruddin pula berkata Allahyarham ketika dirawat di hospital sempat meluahkan bahawa masih ada tugas yang perlu diselesaikannya selagi masih berkhidmat.

“Kami pun sentiasa tunggu bapa balik sebab walaupun di hospital beliau masih fikirkan lagi hal yang berkaitan dengan kerja

“Kami sentiasa menyokong beliau kerana selain daripada seorang ketua, Allahyarham umpama seorang bapa yang kami hormati. Ketiadaan beliau pasti akan kami rindui,” katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata pemergian Rozaid merupakan kehilangan besar buat Kerajaan Perpaduan kerana beliau sentiasa komited memastikan agenda kerajaan difahami rakyat.

“Beliau begitu komited memastikan bahawa segala berita dan naratif dibawa kerajaan MADANI disampaikan dengan baik…insya-Allah dari sudut lain kita akan cuba sedaya upaya bantu keperluan keluarga beliau dan didoakan semoga Allahyarham dapat tempat di sisi Allah SWT,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This