Polis siasat bekas MP didakwa buat gangguan seksual

Dari Penulis

POLIS membuka kertas siasatan terhadap bekas ahli Parlimen yang didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual terhadap seorang wanita di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa berusia 20-an pada 6 Ogos lepas yang mendakwa beliau diganggu secara seksual sebanyak dua kali oleh suspek ketika berada di pasar raya itu.

Beliau berkata pihaknya juga mengesan satu video tular di media sosial berdurasi 18 saat berhubung dakwaan itu pada 2 petang tadi.

“Siasatan terperinci dilakukan mengikut Seksyen 507 A dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Baca artikel lain: MAPIM saran NGO turut dilibatkan untuk bantu pesakit rakyat Palestin

Shahrulnizam berkata berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati suspek bertugas di sebuah syarikat badan berkanun dan berjawatan pengarah bukan eksekutif.

“Polis akan merakam keterangan lelaki itu bagi membantu siasatan dan individu yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hilang kawalan ketika memotong punca pegawai polis, guru maut di Lenggong

KENDERAAN hilang kawalan ketika cuba memotong dipercayai menjadi punca kemalangan maut meragut nyawa seorang pegawai polis dan seorang guru...

More Articles Like This