RAKAMAN percakapan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapannya yang didakwa menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) ditangguhkan ke hari esok, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata, ini kerana peguam Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu masih berada di luar negara.
“Keterangan Muhyiddin akan diambil di pejabatnya di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada pukul 11 pagi esok,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Sebelum ini, media melaporkan rakaman percakapan Muhyiddin dijadualkan diambil hari ini di MIDA pada pukul 11 pagi menyebabkan seramai 15 pengamal media berada di lobi MIDA bagi membuat liputan.
Baca artikel lain: 30 laporan diterima, keterangan Muhyiddin dirakam di MIDA esok
Muhyiddin didakwa membuat ucapan menyentuh isu 3R semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan, baru-baru ini menyebabkan ramai pihak membuat laporan polis.
Muhyiddin juga dikatakan mengeluarkan ucapan yang mempertikai tugas dan peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Tindakan itu membangkitkan kemurkaan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang bertitah supaya polis mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

