Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin GAMBAR: Abd Razak Aid

SUDAH tiba masa Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin mengundurkan diri daripada jawatan Presiden parti tersebut.

Itu reaksi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi terhadap isu ucapan kontroversi Muhyiddin baru-baru ini.

Mohd Puad menerusi kenyataan yang dimuat naik di media sosial berkata, hal itu selepas berlaku percanggahan kenyataan antara Hamzah dengan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohd Puad turut mempertikaikan tindakan Muhyiddin yang masih belum mengeluarkan kenyataan memohon keampunan terhadap Tuanku Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang berhemah dan bersopan. Tetapi bos besar PN pula degil. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Tengku Hassanal telah menyatakan kemurkaannya. Kenapa payah sangat Muhyiddin minta ampun.

“Tidak mungkin bekas PM dan masih bercita cita mahu jadi PM tidak boleh beradab dan mohon keampunan. Peliharalah Institusi Raja Melayu.

“Sampai masanya Hamzah mendesak Muhyiddin undur diri. Tidak perulah diteliti secara halus,” katanya.

Terdahulu, Tengku Mahkota Pahang menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan Muhyiddin, sebagai bekas Perdana Menteri dan ahli politik veteran, memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri ke-10.

Justeru, baginda mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R.

Dalam reaksi kepada titah Tengku Mahkota Pahang kemudian, Muhyiddin menjelaskan, ucapan beliau ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri, baru-baru ini, tidak melanggar undang-undang negara, berlandaskan fakta dan tidak bermaksud menghina institusi Raja atau ada kecenderungan menghasut.

Manakala, TuaN Ibrahim dalam kenyataan balas berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN Pahang menyokong titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang mahu siasatan dijalankan berhubung ucapan Muhyiddin.

Menurut Tuan Ibrahim, Adun dan PN Pahang menzahirkan taat setia kepada baginda Tuanku Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram