Open Sandwich Daging Ala Thai Cuba Rasa! Pasti Tak Menyesal, Sedapnya Tak Cukup Sekeping

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Dalam penyediaan sandwich, yang paling penting ialah tentang kesegaran bahan yang digunakan. Sayur-sayuran misalnya salad, carilah yang segar, begitu juga dengan daging serta apa sahaja bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sandwich mestilah yang fresh. Barulah rasanya ummpphh..!

Sandwich sebaik disediakan, terus sahaja nikmati. Jika disediakan dalam kuantiti yang banyak, pastikan ia disimpan di dalam bekas kedap udara. Jangan hidangkan sandwich, secara terbuka dalam suatu masa yang agak lama. Sandwich akan cepat kering dan tidak lagi segar. Jom kita cuba resipi Chef Amir Gani, iaitu Open Sandwich Ala Thai.

Kekuatan rasa pada menu ini terletak pada hirisan serai, daun purut dan hirisan bunga kantan. Daging direbus empuk, kemudian dihiris halus. Paipkan mayonis, jus limau dan sos siracha. Sos siracha ini diperbuat dari cili merah yang di keringkan di bawah cahaya matahari dan kemudiannya dikisar sehingga halus. Sos siracha ini sangat popular di Thailand.

OPEN SANDWICH DAGING ALA THAI
BAHAN

1 keping roti
2 sudu besar mentega
100 gm daging yang direbus bersama sedikit garam sehingga empuk
4 keping hirisan timun jepun
2 keping daun limau purut – hiris halus
2 tangkai daun ketumbar
1 tangkai daun bawang – hiris
1 tangkai cili padi – hiris
½ batang serai hiris halus
1 sudu besar hirisan bunga kantan
BAHAN SOS
5 sudu besar mayonis
2 sudu besar jus limau
1 sudu besar sos siracha

CARA PENYEDIAAN

  1. Sapu mentega di atas roti dan bakar roti.
  2. Campurkan semua bahan dan letak di atas roti.
  3. Gaul bahan sos dan kacau sehingga sebati.
  4. Letakkan sos di atas roti tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi semak, imbang peranan MCA sentiasa relevan

MESKIPUN dikatakan hampir kesemua pengundi Cina memilih untuk tidak mengundi MCA pada pilihan raya umum yang lepas, namun kewujudan...

More Articles Like This