Satu Creative Hasanah Impact Challenge 2024 tawar geran pengusaha aplikasi sosial

Dari Penulis

SATU Creative Services Sdn Bhd (Satu Creative), dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), melancarkan program ‘Satu Creative Hasanah Impact Challenge 2024 (SCHIC2024).’

SCHIC2024 merupakan satu program atau inisiatif strategik untuk memperkasa pengusaha aplikasi bidang sosial peringkat awal bagi mencipta penyelesaian mampan dan berskala yang mampu menangani isu dan cabaran sosial dan alam sekitar yang berlaku di negara ini.

Perkongsian strategik ini bertujuan untuk menyokong pengusaha perusahaan sosial yang berdedikasi bagi mencipta inovasi atau penyelesaian yang mampan dalam bidang pendidikan berkualiti, perlindungan alam sekitar, dan peningkatan ruang awam dalam bidang seni.

Dengan memfokuskan pada empat tema utama – Alam Sekitar, Kesenian & Ruang Awam, Pendidikan dan Pembangunan Komuniti, inisiatif ini bertujuan untuk memangkin transformasi berkaitan bidang sosial dan alam sekitar yang positif di seluruh negara.

“Kami percaya pada kuasa orang biasa untuk melakukan perkara yang luar biasa. Satu Creative Hasanah Impact Challenge 2024 lebih daripada sekadar program – ia merupakan satu gerakan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Satu Creative, Ahmad Azuar Zainuddin.

“Gerakan tersebut akan berusaha memperkasakan pengusaha dalam bidang sosial, meningkatkan pembangunan komuniti dan seterusnya menangani cabaran-cabaran utama. Apabila kita bersatu – usahawan, pemimpin dan pembuat perubahan – kita akan membuka potensi untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua dan berkembang maju.

“Kami berbesar hati untuk bersama-sama Yayasan Hasanah dan rakan kongsi yang lain dalam menjayakan misi ini secara bersama demi untuk memacu kemajuan dan membina Malaysia yang lebih baik untuk semua,” tambahnya.

Peserta yang menyertai SCHIC2024 akan berpeluang untuk mendapat geran perniagaan berjumlah sehingga RM100,000, memperoleh pandangan berharga daripada mentor dan pakar industri yang berpengalaman serta berhubung dengan usahawan sosial yang berfikiran sama dan bakal pelabur. Sistem sokongan komprehensif ini direka untuk membantu pengusaha perusahaan sosial mengatasi cabaran, mengembangkan usaha niaga mereka dan mencapai kemampanan jangka panjang.

“MDEC bangga dapat bekerjasama dengan Satu Creative dan TEGAS dalam inisiatif yang memberi impak ini. Sejajar dengan inisiatif strategik nasional, Malaysia Digital (MD), dengan menyepadukan inovasi digital dengan perusahaan sosial, SCHIC2024 bukan sahaja menyokong pertumbuhan ekonomi digital kita tetapi juga memastikan manfaat teknologi mencapai setiap sudut masyarakat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Datuk Mahadhir Aziz.

Kerjasama antara Satu Creative, MDEC, dan TEGAS menggariskan komitmen bersama untuk memacu inovasi dan impak sosial di Malaysia. Sebagai agensi peneraju dalam memacu ekonomi digital, MDEC menyumbang kepakarannya dalam transformasi digital, manakala TEGAS, yang terkenal dengan usaha memupuk bakat dan keusahawanan di Sarawak, menambah nilai penting kepada inisiatif tersebut.

Kempat-empat organisasi ini secara bersama menyasarkan untuk mewujudkan ekosistem teguh bagi memupuk pertumbuhan perusahaan sosial yang positif dan seterusnya menyumbang kepada matlamat pembangunan digital dan mampan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS, Udin Bujang berkata, “TEGAS sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada kerjasama ini, yang sejajar dengan misi kami untuk memupuk bakat dan memacu pertumbuhan keusahawanan di Sarawak. Inisiatif SCHIC2024 adalah bukti kuasa perkongsian dalam mewujudkan ekonomi yang lebih inklusif dan inovatif.”

Program Satu Creative Hasanah Impact Challenge 2024 bermula dengan proses permohonan dan pemilihan peserta, yang bermula sekarang sehingga 20 September 2024. Peserta terpilih kemudiannya akan menyertai ‘bootcamp’ dari 30 September hingga 1 Oktober 2024.

Program berakhir dengan Hari Demo pada 2 Oktober 2024, di mana para peserta akan membentangkan penyelesaian inovatif mereka kepada panel hakim dan bakal pelabur. Peserta yang berjaya akan menerima geran yang bersesuaian dengan keperluan bagi memperkasakan, mempercepatkan pertumbuhan dan seterusnya memaksimumkan impak hasil inovasi mereka.

Pengusaha perusahaan sosial di seluruh negara digalakkan untuk mengambil bahagian dalam SCHIC2024 dan merebut peluang unik ini bagi memperkembangan kreativiti mereka dan menyumbang kepada masa depan yang mampan untuk negara. Dengan sokongan MDEC dan TEGAS serta Digital News Asia sebagai Rakan Kongsi Ekosistem, perubahan bermakna boleh didorong untuk mewujudkan Malaysia yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.satucreative.com/

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This