Dua Timbalan CEO LHDN pegang portfolio baharu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) meningkatkan kecekapan tadbir urus dengan pelantikan dua portfolio baharu kepada dua Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, hari ini.

Pengenalan dua portfolio baharu itu adalah kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDN, Datuk Hisham Rusli yang akan memegang portfolio Ketua Pegawai Integriti.

Pada masa sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LHDN, Khairul Halimin Abdul Halim pula menjawat portfolio Ketua Pegawai Risiko.

LHDN dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan dua portfolio itu sebagai satu inisiatif LHDN yang menitikberatkan tonggak keadilan, nilai-nilai integriti dan amalan tadbir urus terbaik.

Majlis penyampaian watikah pelantikan itu telah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin semasa Persidangan Pengarah-Pengarah LHDN.

Menurut LHDN, Hisham akan bertanggungjawab untuk memastikan kecekapan pengurusan aduan integriti pegawai LHDN berada pada tahap cemerlang.

Katanya, ia selari dengan penguatkuasaan Dasar Pemberian Maklumat LHDN.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDN, Datuk Hisham Rusli memegang portfolio Ketua Pegawai Integriti.

Baca artikel lain: Pelarasan gaji penjawat awam: LHDN jangka pembayar cukai bertambah

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LHDN, Khairul Halimin Abdul Halim menjawat portfolio Ketua Pegawai Risiko.

“Khairul Halimin pula dilantik sebagai Ketua Pegawai Risiko di mana beliau akan memainkan peranan penting dalam menyusun strategi, memimpin dan melaksanakan rangka kerja pengurusan risiko organisasi secara progresif serta efektif dalam memastikan objektif strategik LDHN tercapai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Abu Tariq berkata, pelantikan kedua-dua portfolio penting itu telah mengambil kira pengalaman luas dan kemahiran yang dimiliki kedua-dua pegawai berkenaan.

“Ia selaras dengan usaha LHDN untuk mengukuhkan kepimpinan profesional sebagai pentadbir cukai yang terunggul dengan pencapaian dan tadbir urus yang cekap serta terbaik.

“Diharapkan dengan pelantikan dua portfolio baharu ini akan meningkatkan tahap integriti dalam kalangan pegawai LHDN dan mengukuhkan keyakinan pemegang taruh terhadap kredibiliti LHDN memperkasakan undang-undang percukaian negara,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This