Dakwa Muhyiddin guna Akta Hasutan bermotif politik, berniat jahat – Hamzah

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

TINDAKAN Kerajaan Perpaduan mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Akta Hasutan 1948 adalah satu lagi pendakwaan terpilih bermotif politik dan berniat jahat bagi menekan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, hal itu dapat dilihat apabila pihak polis dan Jabatan Peguam Negara memutuskan secara tergesa-gesa untuk mendakwa Muhyiddin.

Beliau mendakwa, tindakan itu dilakukan tanpa mengendahkan fakta dan keterangan daripada individu-individu utama yang terlibat serta memperhalusi dokumen-dokumen yang telah diserahkan.

Katanya, pertuduhan terhadap Muhyiddin luar biasa apabila Ketua Polis Negara memperakui bahawa kertas siasatan telah diserahkan kepada pihak Peguam Negara pada hari yang sama kenyataan Muhyiddin direkodkan bersama beberapa dokumen.

“Antara dokumennya adalah Surat Arahan dari Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk mengemukakan Akuan Berkanun sebagai bukti sokongan majoriti.

“Selain itu, bukti 115 Akuan Berkanun dari ahli Parlimen yang menyokong YB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akuan penerimaan daripada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, Bersatu mengecam sekeras-kerasnya sikap hipokrasi Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Hal itu menurut Hamzah kerana PH dahulunya lantang menentang Akta Hasutan 1948 dan berjanji untuk menghapuskan akta yang dikatakan undang-undang zalim dalam menifesto Pakatan Harapan (PH) sekiranya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ironinya, kata Hamzah, setelah menjadi kerajaan, PH telah menggunakan Akta Hasutan 1948 berulang kali secara zalim untuk menekan dan menindas lawan politik. 

“Bersatu percaya bahawa institusi kehakiman dalam negara akan bertindak secara bebas, adil dan bijaksana dalam menilai keseluruhan peruntukan dalam Akta Hasutan 1948, termasuk peruntukan pengecualian bagi suatu perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan, atau benda lain untuk disifatkan sebagai menghasut.

“Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu membuat ketetapan sebulat suara untuk berdiri teguh bersama Muhyiddin dan menyeru seluruh pimpinan, akar umbi dan penyokong parti untuk bersolidariti bersama Muhyiddin menentang segala bentuk kezaliman yang menghalang pemimpin PN terus bersuara menegakkan kebenaran,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This