PENCARIAN mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India memasuki hari ketujuh dengan kerja-kerja operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus giat dijalankan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keutamaan pasukan SAR adalah untuk menemukan mangsa secepat mungkin dengan usaha tanpa henti dilakukan secara berterusan
Jelas DBKL, kerja-kerja melalui kaedah Ground Penetrating Radar (GPR) oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) diteruskan pada hari ini sehingga selesai.
“DBKL terus bekerjasama dengan seluruh pasukan SAR antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Mineral & Geosains (JMG), Jabatan Kerja Raya, Agensi Nuklear Malaysia serta pihak Indah Water Konsortium (IWK).
“Fokus utama kekal untuk mencari mangsa sehingga ditemui,” kata DBLK.
Dalam pada itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif turut mengucapkan terima kasih kepada Pasukan SAR yang tanpa mengenal jemu dan putus asa serta terus berusaha dari siang hingga ke malam mencari mangsa.
“Semangat dan iltizam yang ditunjukkan oleh seluruh pasukan SAR, amat dihargai.
“Marilah kita bersama-sama mendoakan agar semua petugas terus diberikan kesihatan yang baik dan usaha ini dapat diselesaikan dengan segera,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

