PM Anwar mahu KPM beri penekanan penguasaan Sains, Matematik Dan Bahasa Inggeris

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan penekanan terhadap penguasaan tiga subjek utama pendidikan iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris bagi menyokong pembangunan negara.

Beliau berkata, penguasaan ketiga-tiga subjek itu amat mendesak berikutan perubahan dalam bidang kurikulum dengan kewujudan cabang baharu seperti kecerdasan buatan (AI), transisi tenaga hijau, teknologi digital dan media sosial.

Menteri Kewangan itu menjelaskan penguasaan subjek tersebut dalam kalangan pelajar harus seiring dengan penggunaan Bahasa Melayu selain menitikberatkan soal akhlak yang merangkumi nilai-nilai baik seperti hormat-menghormati.

“Menguasai bahasa kebangsaan dengan baik sesuai dengan peredaran zaman dan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik terutamanya dengan perkembangan teknologi dan pengetahuan baharu (juga) adalah penting.

“Anda (pelajar) mesti juga memastikan Bahasa Inggeris memiliki penguasaan yang kuat. Bahasa Melayu harus dimantapkan manakala Bahasa Inggeris harus dikembangkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Kunjungan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam atau lebih dikenali sebagai High School Bukit Mertajam (HSBM) di sini hari ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Empat direman dera pembantu rumah di Johor

DUA pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden memukul tiga pembantu rumah warga Indonesia yang rakaman...

More Articles Like This