Firman Allah dalam surah al-Baqarah: 117
“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya). Dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya, “Jadilah engkau” lalu menjadilah ia”
Ayat di atas jelas menunjukkan tentang kekuasaan Allah S.W.T. yang mana menciptakan langit dan bumi tanpa ada ciptaan yang semisal dengannya sebelum ini. Melalui ayat ini juga, Allah ingin memperlihatkan akan kesempurnaan kemampuan Nya serta keagungan kekuasaan Nya. Dan ia disebutkan secara zahir dalam surah at-Dzariyaat ayat 47 dan 48
“Dan langit itu Kami bangunkan dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa. Dan bumi itu Kami hamparkan: maka sebaik-baik yang menghamparkan (adalah Kami)”
Adapun penciptaan bumi didahulukan daripada penciptaan langit. Itu kerana ia seumpama asas pembinaan yang mana perlu diciptakan tapaknya dahulu sebelum ditinggikan bahagian atap. Dalilnya adalah bersabdarkan kepada surah al-Baqarah ayat 29,
“Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.”
- Bumi adalah sebuah daripada planet-planet yang mengelilingi matahari. Daripada sembilan planet di dalam sistem solar, bumi adalah yang kelima besar dan ketiga terdekat dengan matahari. Jarak bumi dengan matahari ialah 149,597,891 km.
- Bumi adalah satu-satunya planet dalam sistem solar yang mempunyai oksigen, air dan kehidupan.
- Bentuk bumi hampir menyerupai sfera. Ia agak leper di kedua-dua kutub dan berbonjol di khatulistiwa. Anggaran ukuran garis pusat polar (dari kutub utara ke kutub selatan) adalah 12,756 km. Manakala anggaran ukuran garis pusat di khatulistiwa pula adalah sejauh 15,654 km. Jika kita mengelilingi bumi mengikut ukuran lilit di antara dua kutubnya, kita akan berjalan anggaran 38,817 km. Sekiranya mengikut ukuran lilit khatulistiwa pula, dianggarkan kita harus berjalan 40,073 km.
- Keluasan permukaan bumi adalah kira-kira 321,868,800 km persegi. Anggaran 80,467,200 km persegi adalah tanah. Manakala 241,401,600 km persegi lagi ditenggelami air.
- Bumi berputar pada paksinya yang miring lebih 23 darjah. Disebabkan paksinya yang senget inilah sesetengah kawasan di bumi mengalami empat musim.
- Bumi menyempurnakan satu putaran setiap 24 jam tanpa kita sedari. Semua yang berada di kawasan tropika sebenarnya bergerak pada kelajuan purata 1,609 km sejam atau 25.7 km seminit.
- Selain berputar pada paksinya, bumi juga mengelilingi matahari mengikut orbitnya (sejauh 933,419,520 km). Jadi purata kelajuannya semasa pergerakan ini adalah 107, 826 km sejam atau kira-kira 1,609 kilometer setiap minit. Keseluruhan sistem solar bersama bumi, melalui perjalanan di angkasa pada kelajuan tidak kurang daripada 32,187 km sejam atau lebih 483 kilometer setiap minit menghala ke buruj Hercules.
- Bumi sudah tua. Para saintis membuat anggaran usia bumi dengan mengira usia batu-batan tertua di atas planet dan tahi bintang yang ditemui di bumi. Anggaran mereka bumi berusia 4.54 bilion tahun.
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya) berkata, “Ya Tuhan kami! Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari seksa neraka” (Ali Imran: 190-191) Wallahu a’lam
_____________________________________________________
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

