PAS perlu memperkasakan kedudukan dan menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi menubuhkan kerajaan demi ‘memerdekakan’ negara sepenuhnya tanpa bergantung dengan ‘mahkluk asing’.
Demikian kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam hantaran di Facebook, malam tadi.
Menurut Abdul Hadi, parti itu perlu menang di Sabah sebelum dapat mentadbir di peringkat Persekutuan.
Beliau turut melihat masa depan Pas yang baik di negeri berkenaan susulan kehadiran ramai anak muda pada Konvensyen Pas Sabah, semalam.
“Perkembangan yang berlaku sebelum ini menunjukkan sebuah perubahan yang sangat menarik. Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas menunjukkan ramai kalangan UMNO dan anak muda yang memberikan undi kepada Pas sehinggakan kita memerintah di empat buah negeri.
“Namun begitu, untuk memerintah kerajaan Pusat memerlukan kita untuk menang di Sabah.
“Pas mesti memperkasakan kedudukan di Sabah. Bagi melaksanakan perkara ini maka kita mesti menang di Sabah atau ada kerusi yang kita menangi.
Baca artikel lain: Pas masih berteka-teki bertanding PRN Sabah
“Sama ada kerusi kita atau kita ajak kawan-kawan parti lain yang bergabung bersama-sama dengan kita untuk menubuhkan kerajaan demi memerdekakan negara kita sepenuhnya tanpa bergantung dengan makhluk asing,” katanya dalam hantaran tersebut.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi turut merayu sokongan pengundi untuk memberi peluang kepada Pas memimpin kerajaan.
“Kita ada peluang lima tahun sekali bagi memilih kerajaan.
“Kita mengharapkan perubahan yang telah berlaku kepada anak muda yang merupakan perubahan yang positif kepada Sabah,” katanya.
Semalam, Abdul Hadi memberi bayangan parti itu akan kembali bertanding dalam PRN Sabah akan datang selepas tidak meletakkan calon pada PRU yang lalu.
Bagaimanapun, beliau mengatakan jumlah kerusi untuk ditandingi parti itu terpulang kepada kekuatan jentera di Sabah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

