Tular buaya di Tasik Shah Alam: MBSA pasang tali penghadang, PERHILITAN pasang perangkap

Dari Penulis

MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memasang tali penghadang di sekitar kawasan Tasik Seksyen 7, Shah Alam hari ini susulan tular kemunculan seekor buaya.

MBSA dalam hantaran memaklumkan, pihaknya telah mengadakan lawatan tapak dan perbincangan bersama pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor.

“Sebagai langkah keselamatan, MBSA telah memasang tali penghadang di sekitar kawasan dan akan membuat pemantauan dari masa ke semasa.

“Selain itu, Jabatan Perhilitan Negeri Selangor juga akan meletakkan kain rentang peringatan di sekitar tasik serta memasang perangkap bagi menangkap buaya tersebut”.

Sebelum itu tular hantaran di Facebook mengenai kemunculaan seekor buaya di kawasan tasik itu.

Malah, pihak MBSA juga telah mengeluarkan peringatan untuk orang ramai berhati-hati ketika beriadah di kawasan tasik tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan lanjut perjanjian cari MH370 setahun lagi, kekal konsep ‘no find, no fee’

JEMAAH Menteri bersetuju melanjutkan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Ocean Infinity bagi meneruskan usaha pencarian bangkai pesawat Malaysia...

More Articles Like This