Alto AI bangunkan ‘Large Language Model’ pertama dalam bahasa Melayu

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SYARIKAT pembangunan infrastruktur, Alto AI kini sedang membina ‘Large Language Model’ atau Model Bahasa Besar (LLM) yang pertama dalam bahasa Melayu.

Apa yang menarik usaha tersebut melibatkan kolaborasi bersama inovator terkemuka dalam bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) dari China, Zhipu AI dan Universiti Malaya (UM).

Pengarah Eksekutif Alto AI, Sylvester Wong berkata, pihaknya bertanggungjawab membina sistem asas yang boleh digunakan untuk empat bidang iaitu perbankan, pendidikan, kesihatan dan pelancongan.

Jelas beliau, melaluinya, pihak yang mempunyai kaitan dengan bidang terbabit boleh menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Alto AI di dalam aplikasi mereka.

“LLM ini akan diadakan dalam bahasa Melayu…sasaran kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia yang tidak mahir dalam bahasa lain seperti Mandarin, Thailand dan boleh ditukarkan kepada bahasa Melayu.

“Sebagai contoh saya mahu melancong di China, rancangkan saya jadual, (LLM) secara automatik akan merancang segalanya, daripada segi masa, ini untuk bahagian pelancongan,” katanya ketika ditemui UtusanTV, hari ini.

Pengarah Eksekutif Alto AI, Sylvester Wong Hsiang Hui GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: Kemeja-T dipakai lelaki Bangladesh bukan pakaian penugasan rasmi PDRM

Sebelum itu, Alto AI telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Zhipu AI dan UM dalam satu majlis yang diadakan di ibu negara.

Pada majlis sama juga, Alto AI turut menandatangani MoU bersama dua syarikat lain iaitu Agensi Pekerjaan ShangYa Sdn Bhd dan Beijing Knownsz Information Technology Co Ltd.

Wong menambah, buat masa ini sistem berkenaan masih lagi dalam proses pembangunan khususnya melibatkan proses pengisian data-data yang memerlukan kerjasama ramai pihak seperti jabatan pendidikan.

Katanya lagi, sekiranya semua berjalankan lancar, Alto AI mungkin akan melancarkan LLM pertama dalam bahasa Melayu itu pada penghujung bulan November nanti.

“LLM sangat bersandarkan kepada ketepatan, ia bukan seperti bahasa biasa, anda perlu sangat tepat dan perlu juga tepat pada bidang-bidang yang tertentu seperti perubatan dan perbankan, ada banyak terminologi.

“Alto AI sedang menyediakan platform yang baik kepada pemaju peluang untuk memasuki bidang AI, saya percaya ramai pemaju yang berminat untuk menceburi bidang ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This