PM terima kunjungan Rais Tatarstan, bincang kerjasama ekonomi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Rais atau Ketua Republik Wilayah Tatarstan, Rusia, Rustam Minnikhanov sebaik tiba di Vladivostok, hari ini. 

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan pertemuan tersebut bagi meraikan persahabatan erat antara Malaysia dan Republik Tatarstan. 

Selain itu, beliau berkata, pertemuan itu turut membincangkan pelbagai isu termasuk kerjasama dari segi ekonomi dengan pelabur-pelabur dari Tatarstan dan Mesyuarat Russia-Islamic World Strategic Vision Group. 

“Seusai tiba di Vladivostok, saya langsung menerima kunjungan hormat dari sahabat yang juga Rais atau Ketua Republik Wilayah Tatarstan, Rusia, saudara Rustam Minnikhanov. 

“Saudara Rustam tempoh hari telah melakukan kunjungan ke Malaysia pada bulan lalu,” katanya dalam hantaran tersebut. 

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau turut mengambil peluang menerangkan hala tuju Malaysia dalam beberapa bidang strategik berdasarkan polisi yang digariskan di bawah Ekonomi MADANI. 

Jelasnya, ia termasuk bidang transformasi digital, peralihan tenaga, pelancongan dan keterjaminan makanan. 

“Semoga persahabatan akrab ini akan membawa manfaat yang terbaik buat Malaysia dan juga Tatarstan,” katanya. 

14 Ogos lalu, Perdana Menteri menerima kunjungan Rustam di Perdana Putra sempena lawatan kerja Rais Tatarstan itu ke Malaysia selama dua hari. 

Anwar tiba di Vladivostok pagi ini untuk lawatan kerja dua hari ke bandar raya pelabuhan utama di wilayah Timur Jauh Rusia. 

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vladivostok pada 8.33 pagi waktu tempatan (6.33 pagi waktu Malaysia). 

Anwar yang juga Menteri Kewangan akan menghadiri Forum Ekonomi Timur Kesembilan (EEF) berlangsung pada 3 hingga 6 Sept. Beliau akan menyampaikan ucapan pada sidang pleno pada 5 Sept.

Kemuncak lawatan adalah pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin dan Anwar dijangka mengulangi hasrat Malaysia untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS kerana Rusia memegang jawatan Pengerusi BRICS.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This