KTMB sedia tren tambahan sempena cuti sekolah, cuti peristiwa

Dari Penulis

BERSEMPENA dengan cuti sekolah penggal kedua dan cuti peristiwa Hari Malaysia serta Maulidur Rasul, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya.

KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan tren tambahan itu akan mula beroperasi pada 13 hingga 22 September ini bagi memenuhi permintaan penumpang yang meningkat semasa musim cuti sekali gus membantu mengurangkan kesesakan trafik bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman.

Baca artikel lain: PM Anwar bertemu Presiden Putin

Menurut kenyataan itu, KTMB juga menawarkan 630 tiket sehari dan akan mula dijual pada Jumaat ini (6 September) bermula jam 10 pagi, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,300 tiket yang merangkumi koc kelas perniagaan.

“Jadual operasi tren ETS tambahan Padang Besar-KL Sentral akan berlepas pada setiap jam 11.05 pagi dan tiba pada 4.30 petang, manakala bagi KL Sentral-Padang Besar, tren akan berlepas pada 5 petang dan tiba jam 10.20 malam,” menurut kenyataan itu.

KTMB juga menasihati orang ramai untuk membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) yang boleh dimuat turun melalui Play Store, App Store dan App Gallery atau laman sesawang rasmi KTMB.

— BERNAMA

\

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This