Peluang luas kembang perdagangan dengan Malaysia – Putin

Dari Penulis

PERDAGANGAN antara Russia dan Malaysia hampir mencecah AS$3.5 bilion (AS$1= RM4.3505) dan mempunyai peluang luas untuk mengembangkannya, kata Presiden Russia Vladimir Putin.

Menurut Kremlin.ru, Putin dilaporkan berkata Russia dijangka mencari titik hubungan baharu dengan ASEAN apabila Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada 2025.

“Kami telah memberi tumpuan untuk membangunkan hubungan kami dengan ASEAN, dan semua tahu bahawa Malaysia memainkan peranan utama dalam pertubuhan ini.

Baca artikel lain: Melaka rancang menu RM10 sempena MBLM bermula bulan depan

“Tahun depan, Malaysia akan mempengerusikan pertubuhan ini dan saya jangka semasa kepengerusian anda, kami akan menemui titik hubungan baharu dengan rantau dunia yang semakin berkembang,” menurut Kremlin.ru memetik kenyataan presiden itu semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Putin di sini semalam.

Pertemuan dua hala itu adalah bersempena dengan lawatan kerja dua hari Anwar di sini dan Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan ucapan pada sesi pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) kesembilan lewat hari ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This