Jaringan Romel Morales julang Malaysia sebagai juara Pestabola Merdeka

Dari Penulis

MALAYSIA mengakhiri kemarau 11 tahun apabila berjaya muncul juara Pestabola Merdeka selepas menewaskan Lubnan 1- 0 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Skuad Harimau Malaya dibawah jurulatih Pau Marti mempamerkan permainan menarik dengan menguasai sebahagian besar perlawanan terutama dengan hantaran-hantaran pendek yang menyukarkan pasukan Asia Barat itu untuk membalas serangan.

Harimau Malaya yang melakukan enam perubahan dalam kesebelasan utama berbanding berdepan Filipina, Rabu lalu dilihat tampil dengan aksi lebih kemas terutama dalam separuh masa pertama dengan lebih banyak melakukan asakan ke kubu lawan.

Pemain naturalisasi, Romel Morales mencetuskan suasana gamat di Stadium Nasional apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-33 selepas rembatan jarak dekatnya gagal diselamatkan penjaga gol Lubnan, Mehdi Khalil.

Di separuh masa kedua, selepas kemasukan Akhyar Rashid dan Arif Aiman, beberapa pergerakan serangan menarik berjaya dilakukan tetapi gagal disudahkan dalam bentuk jaringan.

Lubnan yang cuba mencari gol penyamaan meningkatkan serangan mereka sehingga menyebabkan permainan berlangsung dalam suasana agak tegang sehingga salah seorang pemainnya, Khalil Khamis dikenakan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Petisyen ‘Remove Rohingya from Malaysia’ raih 319,546 tandatangan

PETISYEN 'Remove Rohingya from Malaysia' yang menggesa penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya dari Malaysia atau menempatkan mereka semula di...

More Articles Like This