SEORANG kanak-kanak lelaki, Mohamed Ahil Sekh Abdul Alim yang dilaporkan hilang sejak awal bulan lalu ditemui selamat, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim memaklumkan, Mohamed Ahil Sekh, 10, telah ditemui di sekitar kawasan Bukit Beruntung kira-kira pukul 7.15 malam.
Menurut beliau, kanak-kanak tersebut ditemui semasa sedang bermain bersama rakannya.
Ahmad Faizal berkata, kanak-kanak itu telah diserahkan kepada ibu bapanya.
“Ketika ditemukan Mohammed Ahil Sekh sedang bermain dengan rakan-rakan di hadapan rumah di sebuah lorong di taman perumahan dan dalam keadaan sihat serta selamat.
Baca artikel lain: PDRM tingkat penguatkuasaan menerusi kempen keselamatan jalan raya – JSPT
“Dia dijumpai oleh pemilik Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Walid, Bukit Beruntung iaitu lokasi terakhir dia dilihat,” katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini, media melaporkan polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang sejak awal bulan lalu.
Kanak-kanak itu dilihat kali terakhir di Masjid Madrasah Tahfiz Al Quran Al Walid Bukit Beruntung pada pukul 8.20 malam, 6 Ogos lalu.
Kali terakhir dilihat, Mohamed Ahil Sekh dilaporkan memakai baju lengan panjang berwarna merah, seluar panjang dan memakai sandal.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

