Ekspo Gunting Rambut & Ekspo Salun 2024 perkukuhkan kemahiran industri

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

MEMASUKI tahun kedua, Retrobee Global Sdn Bhd dengan bangganya sekali lagi menganjurkan Barber Expo & Salon Expo 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 18 hingga 19 September ini, di Pusat Pameran Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dibawakan oleh Retrobee Global Sdn Bhd pasukan peneraju yang menyokong komuniti tukang gunting rambut di Malaysia.

Acara yang sangat dinanti-nantikan ini, ditaja oleh myBarber dengan kerjasama KSAcademy di mana ia akan mengumpulkan pemimpin industri, profesional dan peminat dari seluruh Asia untuk meraikan, mendidik dan berinovasi dalam sektor gunting rambut dan salun.

Ekspo ini menawarkan pengalaman tiada tandingan dan platform untuk rangkaian dalam sektor gunting rambut dan salun.

BarberExpo & SalonExpo 2024 bukan sekadar pameran perdagangan; ia adalah gerakan yang membawa bersama-sama komuniti akar umbi yang bersemangat sebagai tukang gunting rambut dan salun profesional dari seluruh Asia.

Acara ini berfungsi sebagai platform dinamik yang memupuk pendidikan, penjenamaan, rangkaian selanjutnya meletakkan Malaysia sebagai hab pusat Asia untuk perhimpunan tahunan industri.

Tahun lalu, ekspo ini telah berjaya menarik lebih 4,000 pengunjung dari 12 negara termasuk Indonesia, Thailand, Jepun, Amerka Syarikat dan banyak lagi. 

Bagi tahun ini, acara diadakan lebih besar dan  dijangka akan menarik kehadiran lebih 4,000 hingga 6,000 pengunjung.

BarberExpo & SalonExpo 2024 menyasarkan untuk menjadi perhimpunan terbesar seumpamanya di rantau ini yang menghimpunkan para penggunting rambut dan pemain industri dengan memainkan peranannya sebagai platform untuk mempamerkan gabungan pelbagai teknik guntingan tradisional dan gaya kontemporari.

Lebih menarik lagi, pendidik terkenal di peringkat antarabangsa Pengarah Hwan, Josh OP, Abby Chen, dan Alan Beak turut hadir bagi berkongsi ilmu mengenai dandanan rambut.

Peserta akan mendapat akses eksklusif kepada bengkel ‘hands-on’ dan seminar, mendapatkan pandangan yang tidak ternilai tentang trend terkini, teknik serta inovasi membentuk industri.

Ini antara acara menarik yang menanti peserta:

a) Barberlympics 2024: BarberExpo & SalonExpo 2024 yang mendebarkan, di mana bakat terbaik dari seluruh Asia akan bersaing dalam pelbagai kategori, mempamerkan kreativiti, kemahiran, dan semangat mereka. Pemenang akan diraikan dalam majlis anugerah khas, menghormati kecemerlangan dalam gunting rambut. Pertandingan ini turut dilangsungkan dalam acara tahun lalu.

b) World Barber Classic: Menampilkan tema Klasik Kreatif, hadiah utama pemenang akan menerima tajaan ke Jepun pada 2025 dan hadiah wang tunai RM3,000. Pertandingan ini akan diadili oleh artis terkenal Kaiser Huang bersama tujuh pengadil antarabangsa.

c) Pertandingan Muvmen Shaggy Cut: Peserta mesti menggunakan produk tajaan dan akan mempunyai 35 minit untuk mencipta gaya. Pertandingan akan diadili oleh enam pengadil terkenal.

d) Vossa Bob Cut; Pertandingan Mannequin: Peserta mesti menggunakan patung mannequin disediakan, produk tajaan dan akan mempunyai 35 minit untuk mencipta gaya. Pertandingan akan diadili empat pengadil seperti Pengarah Hwan, Datin Winnie, Dr Michael Poh dan Bambang.

e) Skull Republic Burst Face dengan Creative Top (berkumpulan): Peserta mestilah berpasukan dua orang, menggunakan produk tajaan dan mempunyai 35 minit untuk mencipta gaya. Pertandingan akan diadili empat orang pengadil hebat.

f) Pameran Pempamer: Pasaran yang meriah yang menampilkan sejumlah 60 gerai akan mempamerkan alatan, produk dan perkhidmatan yang canggih, menawarkan peserta yang servis, peluang mengetahui jenama dan inovasi baharu untuk meningkatkan perniagaan mereka.

g) Peluang Rangkaian: Berhubung dengan rakan profesional, bakal pelanggan dan pengaruh industri dalam persekitaran yang direka untuk memupuk hubungan, perkongsian dan kerjasama masa hadapan.

h) Hiburan dan Persembahan: Alami demonstrasi langsung yang menawan hati dan persembahan oleh kedua-dua tukang gunting terkenal dan baru yang akan menonjolkan kesenian dan kemahiran di atas pentas. Acara ini akan diakhiri dengan persembahan majlis penutup khas oleh artis tempatan, Noh Salleh pada hari terakhir.

i) Penglibatan Komuniti: Penekanan khusus kepada komuniti akar umbi tempatan, menghormati tukang gunting rambut dan pemilik salun yang telah membina asas pembangunan dalam industri di Malaysia dan seterusnya.

Tiket dijual pada harga RM60 dan ia sangat berbaloi bagi mereka yang meminati bidang ini.

Tiket tersedia dalam talian di https://barbersalonexpo.asia dan boleh di dapati semasa hari acara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This