PEMPENGARUH media sosial terkenal, Alif Teega dilapor akan didakwa di mahkamah, esok.
Perkembangan itu disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi TikTok, hari ini.
Dalam video ringkas di TikTok, SPRM memberitahu, Alif Teega atau nama sebenarnya, Mohd Hazalif Mohd Hazani akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur.
“SPRM telah mendapat izin mendakwa terhadap pempengaruh terkenal, Alif Teega di Mahkamah Kuala Lumpur, esok,” katanya dalam video tersebut.
Sementara itu, laporan Harian Metro memetik sumber memberitahu, Mohd Hazalif akan didakwa atas dua tuduhan menyalahgunakan dana awam.
@sprm.malaysia Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa terhadap pempengaruh terkenal, Mohd Hazalif Mohd Hazani dikenali Alif Teega bakal didakwa di Makkamah Kuala Lumpur, esok. Ikuti media sosial rasmi SPRM untuk perkembangan berita selanjutnya. #taatsetia #SPRMMalaysia #rasuahdihinamaruahdibina ♬ Thriller – Monkey D. KyLe
Baca artikel lain: Kes dana awam libatkan pasangan pempengaruh: SPRM beku 20 akaun bank bernilai RM740,000
Katanya, pempengaruh itu akan didakwa di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.
Julai lalu, Mohd Hazalif, 30, dan isterinya yang juga pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah Azahari, 26, direman selama empat hari atas dakwaan penyelewengan derma.
Tempoh reman pasangan suami isteri itu kemudiannya dilanjutkan selama tiga hari lagi.
Penahanan itu adalah bagi membantu siasatan selepas pasangan suami isteri itu dikatakan membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit namun wang berkenaan disyaki tidak disalurkan dengan betul.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

