PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menafikan akan membantu kempen mana-mana parti yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, ketika ini.
Pada masa sama, Setiausaha Agung MUDA, Amir Hadi menegaskan tiada sebarang perbincangan dan komitmen untuk membantu mana-mana parti.
Menurut beliau, MUDA ketika ini memberi tumpuan kepada pembangunan semula parti selepas melalui beberapa siri pilihan raya baru-baru ini.
Selain itu, katanya, parti tersebut juga dalam persiapan bagi mengadakan pemilihan seperti yang termaktub dalam perlembagaan MUDA.
Bagaimanapun, beliau berkata, MUDA terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dan rundingan dengan mana-mana pihak.
Namun, Amir Hadi memaklumkan, perkara itu mesti dibincang dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA.
“Keputusan yang dicapai bersama termasuk perbincangan bersama Jawatankuasa Eksekutif MUDA negeri Johor adalah untuk tidak bertanding dalam PRK DUN Mahkota.
Baca artikel lain: PN umum manifesto PRK DUN Mahkota dua hari lagi
“Justeru, tidak ada sebarang perbincangan dan komitmen untuk membantu mana-mana parti dalam PRK yang sedang berlangsung,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan bahawa MUDA telah menyuarakan kesediaan untuk membantu PN pada PRK DUN Mahkota.
Mohamed Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PN bagi PRK tersebut berkata, penyertaan MUDA amat penting bagi menarik pengundi muda menyokong PN.
Beliau turut mengesahkan bahawa jentera MUDA akan turun untuk membantu kempen calon PN, Mohamad Haizan Jaafar.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

