PENGARAH Urusan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dianugerahkan pangkat Komander Kehormat Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM).
WTCKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pentauliahan yang berprestij itu diberikan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan dedikasi Irmohizam dalam menyokong usaha-usaha dalam sektor pertahanan dan keselamatan negara serta menggalakkan belia untuk menyertai pasukan sukarelawan TLDM.
Jelas WTCKL, Irmohizam juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mempromosikan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pertahanan.
Kenyataan itu menambah, Irmohizam juga merupakan bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan turut terlibat secara aktif dalam mengukuhkan lagi kerjasama antara TLDM dan golongan nelayan.
Terdahulu, majlis pemakaian pangkat sebagai Komander Kehormat PSSTLDM disempurnakan oleh Pemangku Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain di KD Sri Gombak pada pagi tadi.
Dalam pada itu, Irmohizam berkata, penganugerahan itu merupakan satu penghormat besar buat beliau.
Katanya, ia bukan sahaja melambangkan pengiktirafan terhadap usaha yang telah dilakukan, tetapi juga tanggungjawab yang lebih besar untuk menyokong pasukan pertahanan negara.
“Saya juga ingin menggalakkan lebih ramai individu dalam sektor swasta dan belia untuk mengambil bahagian dalam usaha-usaha pertahanan dan keselamatan negara,” katanya.
Untuk rekod, Irmohizam kini sedang melanjutkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) yang ketiga di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan menjadi Penceramah Eksekutif di Maktab Ketahanan Nasional (MKN) dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT).
Menurut WTCKL, pihaknya berbangga dengan pencapaian itu dan percaya bahawa anugerah berkenaan akan mendorong Irmohizam untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

