[VIDEO] Nasi Kandaq Festival 2.0 kembali lagi hujung minggu ini! Jom, ramai-ramai pakat mai serbu, 11 jenama terkenal tersedia untuk korang!

Dari Penulis

PERHATIAN kepada semua ke-kandar dan adinda penggemar nasi kandar! Nasi Kandaq Festival 2.0 kembali lagi dari 21 hingga 22 September 2024.

 Dianjurkan oleh FriedChillies dengan kerjasama Sunway Putra Mall dan Nasi Kandaq Hunters, festival tahun ini akan mengimbau kembali nostalgia zaman  juadah nasi kandar pada tahun 70-an yang menyaksikan makanan ringkas golongan pekerja kolar biru ini melalui transisi menjadi juadah nasional yang digemari ramai.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FriedChilies, Adly Rizal, penganjuran pada tahun ini adalah susulan daripada kejayaan tahun lalu yang melepasi sasaran awal penganjur.

“Festival Nasi Kandaq pada tahun lalu mencatatkan kejayaan yang luar biasa dengan kehadiran lebih 20,000 orang penggemar nasi kandar serta menghimpunkan legenda-legenda utama nasi kandar negara di bawah satu bumbung.

“Kami yakin acara ini akan berlangsung dengan lebih meriah pada tahun ini. Ia satu-satunya festival nasi kandar yang menampilkan hidangan dari 11 penjual nasi kandar utama negara dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor dan Ipoh di bawah satu bumbung di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.

“Kami amat gembira festival ini turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Kami berharap agar semua orang akan berkunjung dengan rakan-rakan dan keluarga untuk meraikan juadah yang enak dan unik ini serta menghayati budaya dan warisan di sebalik nasi kandar,” katanya.

Sementara itu, bagi Pengurus Besar Kanan Sunway Putra Mall, Danny Lee, pihaknya sentiasa terbuka dan menyediakan ruang strategik buat penganjur yang inginkan keselesaan.

“Kami komited untuk mempersembahkan acara unik kepada pelbagai lapisan masyarakat. Selepas beberapa acara bertemakan makanan pada tahun lalu, kami sedar yang pengunjung sangat menanti-nantikan acara sebegini dan keterujaan ini selari dengan misi kami untuk mewujudkan sebuah ruang bagi perhimpunan dan perayaan. 

“Pusat membeli-belah kami terletak strategik di tengah-tengah ibu kota dengan akses mudah kepada pengangkutan awam dan perkhidmatan e-panggilan. 

“Ia lokasi yang sesuai untuk kawan-kawan dan keluarga bertemu dan menikmati acara ini secara bersama,” ujarnya.

Sementara itu, Nasi Kandaq Hunters (NKH) teruja untuk menyokong satu lagi kerjasama antara FriedChillies dan Sunway Putra Mall sempena Nasi Kandaq Fest 2.0. 

Pengasas bersama NKH, Badrul Izam berkata, NKH yakin Nasi Kandaq Fest 2.0 akan menjadi medan perhimpunan ulung penggemar nasi kandar di Lembah Klang kerana ia menampilkan pilihan juadah yang menyelerakan dari seluruh negara. 

“Dengan senarai penjual nasi kandar yang dipilih secara teliti, kami yakin setiap pengunjung akan menemui sesuatu yang memenuhi selera mereka dan pada masa sama, meneroka pelbagai rasa yang baharu. 

“Kami mengalu-alukan semua 265,000 anggota NKH untuk menyertai pesta makanan ekstravaganza ini,” katanya.

Tak kiralah sama ada anda penggemar nasi kandar yang berpengalaman atau baru ingin mencuba keenakan nasi kandar, kehadiran anda akan dijamu dengan pelbagai jenis kuah campur daripada juadah seperti ayam bawang dan daging hitam yang diadun oleh ‘joki’ nasi kandar kegemaran ramai serta hidangan unik seperti Ayam Piru (ayam belanda) dan Kambing Ros. 

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakan legenda nasi kandar terbaik Malaysia tanpa perlu meninggalkan ibu kota!

Lebih mengujakan, pengjunjung akan divhiburkan dengan pertunjukan cendol teh tarik dan demonstrasi memasak, dapat bertemu dengan lagenda Nasi Kandar di samping dibuai dengan persembahan dan muzik era 70-an secara langsung.

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Nasi Kandaq Fest 2.0 boleh didapati menerusi akaun Instagram dan Facebook @friedchillies atau lawati www.friedchillies.com.

Ini antara jenama Nasi Kandar popular yang terlibat:

Nasi Kandar Ayam Merah Yong Suan (Nasi Ganja), Ipoh

Yusuf Restaurant, Penang

Restoran Kudu Bin Abdul, Kuala Lumpur

Hameediyah, Kuala Lumpur

LC Restoran (Line Clear), Kuala Lumpur

Nasi Kandar Pelita Chai Leng Park, Penang

Nasi Kandaq Talam, Johor Bahru

Restoran Majeedia, Ipoh

Jamal Mohamed / Nasi Kandar Pokok Ketapang, Penang


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lebih daripada sekadar roti canai: Fatihah Frozen ajak pengguna teroka kreativiti kulinari

BERBEKALKAN azam untuk memartabatkan resipi warisan keluarga, Ketua Pegawai Eksekutif Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Hazirah Che Hasim terus...

More Articles Like This