POLIS kini mengesan pemandu kereta Mercedes selepas terlibat dalam kemalangan dengan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Jalan Gombak berdekatan Kuala Lumpur Traders, pagi kelmarin.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/7194
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada anggota URB pada pukul 12.11 tengah hari.
“Pengadu mengalami luka di bahagian siku.
“Sehingga kini pemandu kereta terbabit masih gagal membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Jelasnya, polis kini sedang mengesan pemandu dan kenderaan tersebut.
“Alamat mengikut rekod adalah berada di Pulai, Johor dan pemeriksaan dijalankan mendapati kediaman tersebut telah kosong,” ujarnya.
Kes kini dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

