SEORANG wanita cedera ringan selepas kereta yang dipandu terbakar sejurus dihempap bongkah konkrit di Jalan Mambau-Seremban, awal pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 7.28 pagi.
Komander Operasi Ahmad Khomeini Kamarudzaman memaklumkan, kejadian berlaku apabila bongkah konkrit besar yang dimuat naik ke sebuah lori terjatuh di selekoh jalan raya sebelum menghempap kenderaan yang melalui jalan tersebut.
“Kejadian itu menyebabkan sebuah kereta jenis Peroton Saga FLX musnah terbakar sepenuhnya.
“Seorang wanita India berusia 31 tahun cedera ringan dan telah diberi rawatan oleh pihak Kementerian Kesihatan.
“Manakala sebuah lagi kereta Perodua Axia turut terlibat dalam kemalangan dan mengalami kerosakan,” kata kenyataan itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

