PH dakwa ada pihak sebar surat layang desak pengundi Cina tidak keluar

Dari Penulis

PAKATAN Harapan (PH) mendakwa berlaku penyebaran surat layang mendesak pengundi Cina tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 Sept ini.

Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi yang juga Penyelaras PH Kluang bagi PRK itu berkata mereka menerima aduan penyebaran surat bertulisan Cina yang disebarkan di beberapa taman perumahan sekitar DUN itu, tengah malam tadi.

“Saya anggap ini taktik kotor kerana dalam PRK kita sepatutnya menggalakkan orang untuk keluar mengundi. Jadi saya ingin menyeru pengundi untuk keluar mengundi, perkukuhkan Kerajaan Perpaduan untuk kestabilan politik,” katanya pada sidang media Pusat Operasi Perpaduan di Kluang hari ini.

Wong juga berharap pihak tidak bertanggungjawab itu menghentikan perbuatan tersebut.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Syed Hussien Syed Abdullah dengan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandang Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This